Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Januari 2013

RM207 bilion Pampasan Perang Fitnah Pakatan Yang Maha Dahsyat #PenipuRakyat



KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan pada Selasa berkata dakwaan kononnya kerajaan menerima pampasan RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menderita selepas terlibat sebagai buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua, adalah palsu

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.

"Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 September tahun lepas. Kes ini sedang disiasat polis," kata kenyataan itu.

Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan.

Akibat fitnah tersebut, Kedutaan Jepun telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada 9 Jan lepas untuk mendapatkan penjelasan disebabkan kerajaan Jepun tidak pernah membayar pampasan RM207 bilion itu. 

Ini menunjukkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan. - BERNAMA


http://tunfaisal.blogspot.com/2013/01/rm207-bilion-pampasan-perang-nizar-pula.html





Sent from Samsung Galaxy Note

1 ulasan:

Unknown berkata...

Betul apa yg dikata... Pakatan Rakyat hidup kerana fitnahnya ke atas BN. Jika tiada fitnah, maka Pakatan Rakyat tiada apa-apa isu yg boleh jejaskan BN. Hanya mereka yg bodoh saja yang terus percaya tanpa selidik dgn akal.

Cari Blog Ini

Translate