Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Februari 2013

Isu KP BTN di MYKMU : Blogger Guna Kepala Lutut Akan Membahayakan PM @NajibRazak Bukan Menyelamatkannya !!!


Pertama sekali memandangkan isu BTN ini semakin diperbesarkan selepas beberapa kali serangan dilakukan dengan menggunakan portal yang sudah lama wujud di alam maya seperti MYKMU maka sedikit penjelasan ingin diberikan terhadap tulisan blogger tersebut yang disiarkan di sana. 

Khususnya berkenaan beberapa isu yang sedang berlaku di Biro Tatanegara. Tanpa niat mahu menimbulkan konflik sesama blogger kecuali untuk menghentikan serangan liar pihak tersebut kepada Agensi di Jabatan Perdana Menteri ini.

Sebagai orang yang mempunyai banyak maklumat dari sumber yang dekat dengan Biro Tatanegara selain pernah bersua sendiri dengan tiga kepimpinan utama BTN mendengar penjelasan yang diberikan, maka fakta yang tidak tepat dan lebih kepada agenda memburukkan maruah orang yang ditohmah di dalam penulisan blogger tersebut, adalah tindakan tidak sempurna pada akal dan juga sifat seorang Melayu yang beradab dan bersopan tutur katanya.

Kita tahu siapa yang terpaksa menggunakan media baru untuk menjayakan agenda orang tertentu. Namun sebelum telunjuk mereka menuding ke arah sesiapa pun, tengoklah dahulu diri semoga baiklah budi pekerti. Jangan fikir kita sahaja yang hebat kerana Allah Maha Hebat dan Maha Mengetahui apa yang kita rancang walahku bersembunyi di sebalik tiang.

Mendedahkan aib sesuatu perkara yang tidak bijak sama sekali namun apabila keadaan semakin teruk dengan serangan tanpa sebarang peri kemanusiaan terhadap maruah orang maka balasan Allah pasti akan menimpa kepada sesiapa yang melakukannya demi memuaskan hawa nafsu syaitan.

Sebagai sebuah organisasi maka akan wujud berbagai krisis luar jangka di saat pihak pengurusan mahukan berlakunya transformasi minda atau jawatan yang merupakan perkara biasa di dalam mana jua Agensi.

Proses pertukaran, kenaikan pangkat dan sebagainya perlu diterima dengan lapang dada bukan dengan dendam dan kesumat membakarnya. Namun jika hal sebegini didedahkan kepada umum tanpa melalui saluran yang betul maka ia bukan akan menjernihkan keadaan malah menjadikan situasi makin sukar dikawal.

Saya tidak mahu membela mana-mana pihak namun merasa kasihan jika ada pihak yang memikirkan kepentingan diri melebihi kepentingan Agensi. 

Lebih-lebih lagi menulis tanpa sumber yang tepat dan dengan tidak mencari maklumat dari kedua belah pihak.

Soalan mudah : kenapa satu ketika blogger tersebut menghentam Raja Arif dan menghentikannya selepas berjaya mendekati Ketua Pengarah BTN tersebut. Bukan itu sahaja bahkan semua artikel juga dipadamkan ? Selain itu banyak fakta yang dikemukan sangat tidak tepat termasuk menggunakan nama individu yang sudah pun meninggal dunia di dalam tulisan penuh dengan tuduhan tersebut

Bukankah itu tanda tulisan anda hanya mahu menakutkan manusia dengan harapa mendapat sesuatu dan melepaskan geram apabila anda sudah kekeringan wang dan mula memikirkan untuk menzahirkan kekuasan di alam maya ?

Sekali lagi saya tidak mahu menyebut nama blogger tersebut, kerana menjaga maruahnya seperti mana saya juga pernah dikritik pihak yang pernah menjadikan saya musuh mereka sebelum ini. Kerana biarlah yang memakan cili yang merasa pedas. Biarpun maruah orang dipijak dalam tulisannya sesuka hati.

Jika alasan blogger tersebut bahawa pertukaran ini satu tindakan menyusahkan keluarga, bukankah ada pegawai yang ditukarkan sebelum ini juga mempunyai keluarga ? Bukankah Pengarah Akademi Kenegaraan bernama Khaylani asal dari Terengganu ditukarkan ke Wilayah Persekutuan juga terpaksa berpisah dengan keluarga?

Bukankah En Zelam dari Ibu Pejabat ditukarkan juga ke Terengganu meskipun keluarga beliau baru sahaja bertukar ke Putrajaya ? Adakah ada mereka membuat onar di alam maya apabila menerima arahan bertukar ? Bukankah En Dahri juga berjauhan dengan keluarga beliau hingga kini ?

Bukankah juga pendekatan TKPP Hj Mokhtar ialah memanggil pihak yang akan ditukarkan demi memastikan pihak yang ditukarkan berada berhampiran tempat isteri atau suami ?

Bukankah juga di Kementerian Pelajaran proses bertukar perkara biasa yang berlaku tidak kira musim mana asalkan mengikut apa yang diputuskan oleh pihak tertentu ? Di Malaysia Kerajaan tidak menggunakan hanya satu agensi sahaja untuk mendapat laporan bahkan banyak yang kita tahu atau tidak tahu turut membantu Kerajaan  agar dakyah fitnah pembangkang dapat dimusnahkan. Kenapa terlalu sukar untuk memahami perkara sangat mudah seperti ini atau otak sudah mula beku kerana hutang mula menimbun keliling pinggang ????

Dalam hal ini wajar kita meneliti bagaimana panglima perang sahabat nabi bernama Khalid Al Walid yang menurut perintah ditukarkan kedudukannya sebagai panglima perang atas arahan Khalifah Umar ra. Sebagai orang mukmin maka perintah dilaksankaan dengan penuh hormat tanpa sebarang keingkaran atau menentang arahan yang dikeluarkan. Itulah sifat sebenar sebagai orang bawahan bukan melawan.
Soal kenaikan pangkat, biarkan pihak yang menguruskan pentadbiran menilai dengan sewajarnya. Setakat ini kenaikan pangkat berlaku dengan temuduga. Yakinlah jika rezeki Allah ada maka anda akan dapat pangkat walaupun mustahil pada mata kasarnya.

Begitu juga sumber yang dipercayai memberitahu bahawa proses pemberian tender telah berlaku transformasi dengan diwujudkan Jawatankuasa Tender yang dianggotai 3-4 orang pegawai dan bahagian kewangan untuk memastikan tiada sebarang keraguan dalam proses pemberian tender. Proses ini bermula di zaman Datuk Raja Arif menjadi Ketua Pengarah Biro Tatanegara.

Soalnya kenapa perkara ini tidak ditimbullkan ???

Berlaku adillah. 

Bayangkan jika anda ditohmah meminum arak, berzina, berjudi dan menjadi talam dua muka makan dua tiga kolam, apakah perasaan anda wahai saudara blogger sekelian ??? Begitu juga jika anda ditohmah menggelapkan wang berpuluh ribu, menikam dari belakang kawan sendiri demi projek tertentu apakah anda rasakan apabila mula menjadi mangsa keadaan ?

Apakah semua fakta anda kemukakan adalah benar ? Dimanakah kebenaran itu jika hanya kekal di dalam tulisan sahaja ? Apakah Saudara hanya main-main mengusik peribadi dalam tulisan yang dibawa oleh ramai manusia ?

Jika benar dakwaan anda sudah tentu berkurun lamanya kita akan kedengaran laporan SPRM terhadap Biro Tatanegara akan dibuat. Sedangkan serangan sudah bermula sudah bertahun lamanya ???

Tetapi mana laporan SPRM ? atau anda sendiri sedang disiasat SPRM ???

Tolong jangan menyusahkan Perdana Menteri atas perbuatan anda menyerang Agensi Kerajaan yang gigih menyebarkan Gagasan 1Malaysia demi perpaduan rakyat menyokong Kerajaan yang sedia ada hari ini.

Jangan anda samakan dengan kepimpinan sebelum ini kerana setiap orang ada perbezaan dan perbezaan itu sepatutnya menjadi kelebihan bukan menjadi alasan mencetuskan jurang antara pemimpin dan yang dipimpin olehnya.

Jangan kerana hubungan dengan ABIM menjadi alasan mengatakan bahawa pihak BTN tali barut pembangkang. Jika alasan ABIM digunakan maka anda juga seakan mahu menuduh ramai bekas ABIM di dalam Kerajaan dan parti sebagai musuh dan perlu disingkirkan. Soalnya bodoh sangat ke pihak Cawangan Khas atau MIO hingga gagal mengenalpasti kesetiaan Raja Arif Raja Ali sehingga dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Ketua Pengarah BTN ???

Bukankah sebagai Agensi memupuk perpaduan maka NGO seperti ABIM juga sangat wajar dilibatkan jika mereka sanggup mendengar ceramah Gagasan 1Malaysia ? Untuk makluman isu kursus ABIM yang turut disentuh Blogger Kepala Lutut, turut diselitkan dengan ceramah 1Malaysia. 

Dalam Islam jika kita menerima sesuatu berita mungkin kita akan tersilap menyebarkannya maka tidak ada masalah untuk kita memohon maaf dan berhenti dari meneruskan tulisan yang tidak tepat dengan fakta dan juga tidak melalui saluran yang sewajarnya.

Jangan menyusahkan YAB Perdana Menteri dengan sikap anda sebegini apatah lagi jika anda sebuah organisasi besar dalam dunia maya maka jangan ada sedikitpun rasa mahu menunjukkan kuasa kepada penjawat awam yang merupakan tulang belakang kerajaan.

Masalah UMNO hari ini bukan ditolak kerana dasarnya tetapi kerana beberapa kerat manusia yang berlagak sombong dan bongkak dengan kuasa sehingga mengenepikan prinsip Islam dan semangat 1Malaysia seperti rendah hati tawadhuk dalam pergaulan mereka.

Jangan anda menjadi blogger yang merosakkan nama UMNO dengan menyerang Agensi Kerajaan sehingga mengguris perasaan warganya yang tidak dapat menerima tohmahan yang dilemparkan..Jika anda buruk akhlak sekalipun jangan dedahkan dalam tulisan fitnah merapu anda lagi selepas ini.

Jika benar-benar berani, sila laporkan salah laku yang anda tulis kepada SPRM untuk disiasat dalam tempoh 24 jam agar kebenaran akan berpihak kepada anda yang  menulisnya tanpa menghiraukan situasi genting negara yang sedang berdebar menunggu pemilihan PRU 13 akan datang !

Jangan pula anda menyangka saya seorang diri sahaja dalam hal ini kerana ramai rakan yang mahu menulis tentang perkara ini namun dilarang oleh saya sendiri demi mengelakkan pergaduhan besar di kalangan blogger pro kerajaan.   Cukuplah jika mereka menyediakan artikel tentang akhlak terpuji Nabi dalam bentuk tulisan dan merayu semua pihak agar mencontohinya sepanjang masa.

Biarlah saya yang mempunyai ramai kenalan dalam Biro Tatanegara untuk menyelesaikan masalah ini samada pihak sana akan 'mati' atau saya sendiri akan 'mati' dalam hujjah yang disiarkan.

Barangkali juga yang menyerang ini memang mahu melemahkan YAB Perdana Menteri lalu dengan sengaja pula melemahkan Agensi yang berada di bawah kepimpinan beliau termasuk membina persepsi negatif terhadap kredibilit YAB Perdana Menteri di dalam bab melantik siapa sebagai Ketua Pengarah di dalam Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jika benar telahan ini maka sesiapa sahaja yang berada di sekeliling blogger guna kepala lutut ini harus disiasat dan diambil tindakan keras atas sokongan terhadap blogger guna kepala lutut ini !!!

Sekian, semoga ia mencukupi untuk menghentikan serangan liar pihak yang mungkin mahu BTN hancur untuk memastikan ia akan memudahkan lagi usaha (jika ada) untuk menjatuhkan Perdana Menteri jika  gagal dalam PRU 13 akan datang.


Sebarang maklumat BTN terkini boleh dilayari di link  btn.gov.my untuk mendapatkan info yang diperlukan.


Terima kasih kepada kenalan BTN yang sudi menyalurkan maklumat isu-isu yang dibangkitkan.

5 ulasan:

matkilaupenang berkata...

terima kasih diatas penjelasan yang panjang lebar nie..Berani kerana benar,,,,, kalau mereka anak jantan sila lapor pada SPRM

raja arif berkata...

Tahniah..berani kerana benar..

Pakteh berkata...

Untuk setiap tuduhan, perlu ada data yang tepat atau akhirnya kita blogger pro kerajaan akan jadi seperti puak pembangkang yang hanya tahu berkata-kata tanpa fakta tetapi sekadar auta.

Teguran ini jika benar..anggaplah sebagai pedoman dari rakan sesama kita dan jadikannya iktibar. Jika ada terkhilaf dari teguran ini, berikan maklumat yang berkaitan supaya Agensi yang gah ini benar-benar melaksanakan tugas mereka.

Panglima Perang Cyber berkata...

Jika bukan penyiasat mahu menyiasat, inilah kesudahannya...

Bukan ahli jika diberi amanah akan rosak binasalah jawabnya.

guashow berkata...


Minta Ustaz Zulnun bersumpah bahawa dia bukan Panglima Perang Cyber...
Bahawa beliau sekarang adalah pegawai BTN Gred 41 kontrak.
apakah blog ini untuk menjadi hamba kepada Raja Arif.
Elok kita tambah lagi koleksi tulisan mengenai BTN dan Raja Arif ini. Agar PM mendapat maklumat dan mebuat penilaian mengenai siapa Raja Arif.
www.guashow.blogspot.com
http://guashow.blogspot.com/2013/03/btn-hilang-taring-dominasi-musang.html

Cari Blog Ini

Translate