Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 April 2013

AIDC » Kejutan Pada Hari Penamaan Calon - Dua Pemimpin DAP Dipecat Tanding Bebas

PETALING JAYA: Proses penamaan calon sudah pun berakhir, bagaimanapun beberapa kejutan di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kejutan pertama ialah apabila dua ahli DAP, dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Di Cheras, penyandang kerusi DUN Teratai Jenice Lee dipecat oleh Lembaga Disiplin DAP kerana bertanding sebagai calon Bebas dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

Perkara yang sama berlaku di Melaka, penyandang kerusi Kota Laksamana Sim Tong Him yang bertanding menggunakan simbol DAP telah dipecat kerana mengisytiharkan dirinya calon Bebas bagi kerusi yang disandangnya.

Sumber memaklumkan Sim akan kekal sebagai calon DAP bagi kawasan Parlimen Kota Melaka walaupun telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana beliau mendakwa belum menerima surat rasmi daripada parti memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Umno turut memecat bekas Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang.

Difahamkan Mohd Shariff bertanding sebagai calon Bebas yang menyokong Pakatan Rakyat di Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua.

Satu lagi kejutan berlaku apabila calon BN bagi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak menyerahkan borang pencalonannya di Kelantan, sekaligus membuka sainfan satu lawan satu antara Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata siasatan terperinci akan dijalankan mengenai sebab mengapa Che Johan gagal menyerahkan borang pencalonannya serta strategi mereka yang seterusnya bagi kerusi berkenaan.

Bukan itu sahaja, kejutan turut berlaku di beberapa kerusi apabila pemimpin kanan parti turut menjadi calon Bebas.

Di Ipoh, kerusi Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan saingan tiga penjuru dengn Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas. Sejak itulah beliau mengumumkan keluar parti sekaligus melepaskan semua jawatannya dalam Umno.

Beliau akan menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS, Dr Khalil Idham Lim Abdullah.

Di Kuala Lumpur, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR akan menghadapi saingan empat penjuru di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Beliau akan berhadapan dengan Tan Kok Eng (BN), serta dua calon Bebas, Mohd Sukeri Abdul Mamat and Mokhtar Salahudin.

Di Pandan, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Ong Tee Kat, Allan Tan Yew akan bertanding sebagai calon Bebas menentang calon MCA, Garry Lim dan PKR yang diwakili oleh Rafizi Ramli.

Bukan itu sahaja, saingan lima penjuru turut berlaku di Parlimen Batu. Penyandang kerusi, Tian Chua daripada PKR akan berhadapan dengan calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, dua calon Bebas iaitu, Atan Jasin, Nazariah Abbas serta Datuk Hashim Karim daripada Berjasa.

Di Machang Bubuk kerusi DUN di Bukit Mertajam bakal menyaksikan saingan epik enam penjuru di antara Tan Kok Leah (Gerakan), Lee Khai Loo (PKR), 'Datuk' Dr Vicky Vikneswaran (Kita) dan tiga calon Bebas, Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah dan Ooi Suan Hoe.

Sementara itu saingan antara PKR dan PAS turut berlaku di beberapa kerusi.

PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negerim Mohd Yusni Mat Piah.

PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.

Chegu Bard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.

Labuan turut menyaksikan saingan tiga penjuru, dengan PKR meletakkan Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan berhadapan dengan rakan sekutu mereka daripada PAS yang meletakkan, Hadnan Mohamad sementara Umno meletakkan calon muka baru, Rosman Isli – Mstar

http://www.anwaraidc.com/?p=34091


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate