Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 April 2013

Analisa Kenyataan 'Berani Mati' Hj Hadi Kata PKR @anwaribrahim Letak Calon Pengedar Pil Kuda dan Pro Komunis #PRU13


Analisa : Berdasarkan senario terbaru nampaknya PAS semakin berani melawan DAP dan memberi amaran secara halus kepada PKR. Di saat Lim Kit Siang tetap mahukan Anwar menjadi PM jika menang.

Dengan pengedaran video Mustafa Ali yang dikaitkan dengan PKR maka senario terbaru ini boleh jadi usaha terbaru PAS untuk menyingkirkan Anwar dari menjadi PM jika Pakatan menang.



Dalam hal ini kemasukan Muhammad Taib juga dilihat usaha menguatkan PAS demi menjadikan ia parti yang lebih kuat dari parti PKR Anwar.

Ada sumber memberitahu bahawa dalang di sebalik kejatuhan Muhammad Taib berpunca dari kem Anwar. Wallau A'lam.


Apabila PAS mula menyedari bahawa ia boleh menjadi sebuah parti yang kuat, dengan menguatkan desakan agar Presidennya menjadi PM maka ia satu tindakan yang bijak.

Lebih bijak lagi ialah jika PAS dapat mengasingkan diri dari PKR DAP dan mula bersatu kembali dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL demi masa depan negara kita.

Apakah tidak untung jika PAS bersatu dengan UMNO ?

Sememangnya itulah yang patut dilakukan dan itulah yang menjadi igauan ngeri kepada PKR DAP yang makin gelabah melihat satu persatu masalah yang timbul sehingga menyukarkan usaha menyakinkan rakyat agar terus setia menyokong mereka.

Krisis ini dikuatkan lagi dengan tindakan Anwar tidak menghadiri ceramah bersama Haji Hadi di Putrajaya pada 17 April 2013 yang lalu di pinggiran putra Putrajaya.


Begitu juga Nik Aziz tidak hadir semasa ceramah tersebut walaupun mereka berdua diwar-warkan tokoh utama pentas malam tersebut yang telah menarik seramai 4 ribu penyokong termasuk pihak yang bukan penyokong yang hanya mahu meninjau apa yang berlaku.

Terbaru Hj Hadi juga mendedahkan calon PKR juga ada yang rosak akhlak dengan mengedar pil kuda dan menyanjung komunis seperti yang disebut di dalam video ini yang kemudiannya dituduh sebagai permainan media massa pro UMNO.


Kenyataan yang jelas penuh emosi dan marah ini menampakkan bahawa PAS mula mencari alasan untuk mengkritik PKR secara terang-terangan.

lihat pula jawapan PKR soal ini


Tindakan ini jelas bertujuan untuk mengelakkan dari menyerang Hj Hadi dan mengelakkan peluang untuk ke Putrajaya musnah di tengah jalan.

Namun percayalah Pakatan yang tidak diiktiraf oleh SPR ini kerana tidak didaftarkan, tidak akan kekal dan akan roboh dengan sendiri.


Kenapa DAP beria-ia mahukan orang tidak bermoral menjadi PM Malaysia ??? Kita tahu jawapannya.

Ingat DAP ingat PAP !!!


1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

mungkinkah Mat Tyson akan dijadikan PM/TPM nanti mewakili PAS? Mat Sabu juga yang melopong nanti. hehehehe

Aku Yang Bingai:
PRU13 - Ibrahim Ali dan Nallakarupan Korban Prinsip? di TendangTerajang

Cari Blog Ini

Translate