Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 November 2008

Laporan Konferensi Pertama Team Blogger Malaysia




Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen.

Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah.

Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.

Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-

  1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
  2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
  3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
  4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
  5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
  6. Cheguman = waadat.blogspot.com
  7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
  8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
  9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)

Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
  1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
  2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya.

Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.

Siapa yang layak untuk menyertai?
  1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
  2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
  3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
  4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)

Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
  1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
  2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
  3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
  4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
  5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
  6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-

Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com

Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam

Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai

Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )


21 ulasan:

Admin berkata...

Count me in bro!

www.pilihan-anda.blogspot.com

desperado_anda@yahoo.com

Panglima Perang Cyber berkata...

ok..mlm ni second round..at 9 pm

Ramai datang smlm,medan info, nobisha, dr novandri, perigijernih, che moq, sejarahmelayu.

Cuma Nobisha selepas siap sidang..jam 2 am

ramai sokong team blogger ni ditubuhkan !

hope dess dpt join nanti mlm..

AbgTuah berkata...

Salam,

Kawan cuba juga untuk YM tapi gagal established line kerana line slow. Kawan cuba lagi nanti.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ok abang Tuah...

penantian satu penyeksaan !! kan?

bungaraya berkata...

Saya berada jauh di Wilayah Persekutuan Labuan. Saya sangat berbesar hati jika diajak bersama sebagai seorang ahli didalam Angkatan Blogger Malaysia ini. Saya boleh di emel di ihjkarim@hotmail.com atau blog:- chilliriber.blogspot.com

ahlang berkata...

tahniah pang5....

aper nama team gerak gempur kita nie??

Angkatan Blogger Malaysia ker???

salam setiakawan...

-ahlang-

Tanpa Nama berkata...

Salam, doa sejahtera buat tuan2 sekelian..
Satu usaha murni utk agama, bangsa dan negara, semoga usaha saudara2 diberkati, hasilnya dapat dinikmati oleh sekelian rakyat jelata.
Bersatu teguh, bercerai roboh, pasti akan ada cabaran menanti tapi jika keiklasan utk a,b,t diutamakan, pasti berjaya.
InsyaAllah. Saya bukan blogger dan belum layak menyertai saudara namum insyaallah saya juga bersedtia utk menyumbang secara tidak langsung setakat termampu..

Panglima Perang Cyber berkata...

Nama blm pasti...

Mlm ni kita putuskan..

Sapa2 x der blog boleh join asal sedia menentang Pakatan Rakyat !

itu sahaja syaratnya...

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

Tuan, saya tetap dengan cadangan saya iaitu Parlimen Blogger Malaysia (PBM).

Harap cadangan ini akan menang pada undian persidangan akan datang.Hehehe...


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT.COM

Panglima Perang Cyber berkata...

Good Sarfa..

Kita tengok keputusan mlm ni..

jgn lupa...


salam

IPOH MALAY berkata...

Saya menyokong!

IPOHMALAY

smfdz@yahoo.com
ipohmalay@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

insya allah ahli ahli Yb Blogger yg sertai Konferense ini akan mencipta sejarah sebagai Penghalang Utama Anwar daripada jadi PM.

Usaha kita akan menyelamatkan generasi akan datang!!!

Cheguman berkata...

Demang buat satu list baru bertajuk Gerakan Blogger Beriman Pembela Negara

List baru ni akan paparkan semua blog ahli. Senarai lain hanya paparkaan 'update' terkini je.

GAP KEMBALI berkata...

KASI HANTAM FAK-KATAN RAKYAT !

TAHNIAH PANG5
TAHNIAH SEMUA BLOGGER

abe MIE 'TERJAH' berkata...

yang mana baik kita sokong...

Panglima Perang Cyber berkata...

Ya Allah !!! kabulkan hasrat hamba2 Mu yg ingin bersatu melawan Kitol Moden di Malaysia ini !!

Moga kekal selama lamanya perpaduan ini ke arah melawan usaha menjadikan Malaysia negara Gay, Islam Liberal, kandang BaBi terbesar di Asia, dan tempat Islam dihina...


Tq kpd YB2 yang sudi dtg singgah sini....

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

salam untuk parlimen kau.

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

fuck sama itu pakatan royak

Panglima Perang Cyber berkata...

sila add email saya abg otai...

kita akan bersidang waktu rasmi 9 malam tiap hari..

hari lain mengikut situasi blogger..

jika ramai free kita akan bersidang.

cuma keputusan diambik semasa sidang rasmi jam 9 tiap malam..

siapa tak hadir, dia kena akur dengan keputusan...

S/U Dewan Parlimen Che Moq...

ada dalam list kiri atas sekali...

sila add semua blogger yang sudah menggabungkan diri dalam senarai.

tq kerana berminat...

Tai berkata...

Parlimen Blogger Malaysia [PBM]. nama yang sangat bagus. Tapi, saya akur dengan mejoriti kalau nama ni tak terpilih. masuk team ni tolonglah jangan fikir diri sendiri. Fikirlah tentang kemajuan an pencapaian team. Jadi apa-apa keputusan yang dibuat oleh mejoriti, marilah kita patuhi demi untuk menguatkan perkumpulan kita.

Wah, hari-hari sembang dengan encik panglima. maaflah tak dapat joint persidangan no? Bukannya apa, takut nanti komputer jadi bisu. Satu lagi, saya selalunya explore software baru dan menolong rakan-rakan menyelesaikan masalah komputer mereka. namun, saya sentiasa tune perkembangan perkumpulan kita.

Ym: puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih sahabat Blogger Sedingin Salju.

Sokongan sangat mengharukan pejuang pejuang kita yang bertempur di alam siber.

Yang sekarang sudah menjadi team besar seumpama sebuah keluarga..

moga tidak ada musuh dalam selimut yang akan merosakkan usaha ini.

Amin.

Tai berkata...

ya, harap gitulah. Tak apa, tuhan sentiasa bersama orang yang benar. Jangan risau.

Cari Blog Ini

Translate