Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2013

Calon Nik Abduh oleh @NikAbdulAziz dengan Singkir Zailah Ke Jeli - Bukti Pakatan Adalah Parti Anak Beranak !!!


Senario terkini menampakkan bagaimana detik sebuah pemerintahan kuku besi, politikkan agama, gagal mentadbir negeri kerana hanya mampu membangunkan 'kata-kata' bukan kota, akan tiba untuk menerima upacara kejatuhan Kerajaan rejim PAS Kelantan.

Dengan berbagai isu semasa yang bukan hanya isu politik, juga isu agama seperti kalimah Allah, maka situasi kini jelas semakin memberi kelebihan kepada pihak Barisan Nasional dan UMNO bawah pimpinan Datuk Mustapa Mohamed 'Tok Pa'. Gelombang Merah juga semakin besar dan membadai memenuhi segenap inci negeri Cik Siti Wan Kembang yang sudah lama kemarau dari nikmat pembangunan dan juga akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Terbaru ramai Ulama pondok telah bangkit menentang kecelaruan PAS melalui isu kalimah Allah  dan mereka marah bila agama digadaikan dan agama lain dibenarkan guna nama Allah untuk sebaran.
Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kini khabarnya telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas,  telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di Jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. Ini mengikut sumber dalaman yang boleh dipercayai.



PKR yang diterajui Wan Azizah juga akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar. Walaupun beliau sendiri seperti dicantas dengan pengumuman oleh Anwar dan Azmin bahawa beliau tidak akan bertanding. Satu lagi episod kronisme makin melebar dalam sebuah Pakatan yang kuat berteriak mahukan integriti, ketelusan namun sebenarnya hanya bergelumang dengan 'taik' yang dilontar sendiri kepada pihak lawan.

DAP tidak ketinggalan apabila akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew. Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh melengkapkan lagi senarai anak beranak yang sebenarnya tidak akan berlaku jika bakat lain digilap dan diberikan peluang naik sama tinggi antara satu sama lain.

Soalan kita :

· Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?

· Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan "hitam" Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Lantaran itu wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang iaitu anaknya sendiri telah timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof.

Terkini Zailah dikhabarkan rela tidak bertanding dari menggali kubur sendiri dengan menerima pencalonan lawan Tok Pa di Jeli.

Beberapa perkara 'nakal' terlintas di hati kita :

· Pas letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Sebab itu wanita diberi kawasan yang pas jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa?

· Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

· Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

· Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?




Kesimpulan mudah : Pakatan Rakyat memang parti anak beranak bermula dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Nik Aziz sendiri !!!

Mahukah anda anak beranak ini menguasai Malaysia PRU13 nanti? tolaklah mereka dengan memilih BN dalam pengundian tidak lama lagi.

Walau satu undi,ia boleh menentukan naik turun masa depan Malaysia samada makin maju atau makin hancur akhirnya.

Mri mengundi untuk masa depan Malaysia.











Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate