Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2013

Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat – #ManifestoBN #PRU13

najibrazak540px_14
Oleh Ab Jalil Backer 

Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema "Menepati Janji, Membawa Harapan" memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihatwww.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.  Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1

Harga kereta

Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

 


 Fakta: 

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan "Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat." (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

 

Dakwaan 2

 Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato' Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

 Dakwaan 3

Keretapi laju

Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar

FAKTA

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja. 

Baca lagi 

http://www.mykmu.net/?p=28681



Mohon sebarkan...


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate