Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 April 2013

Calon P125 @HajiHusamMusa Salah Baca Quran Ceramah Semalam Surah Muqaddam Kerana Dosa Ikut @Anwaribrahim ???


Semalam panglima bersama rakan seperjuangan telah pergi ke padang di taman pinggiran putra putrajaya untuk mendengar ceramah yang dibarisi tokoh besar dalam Pakatan.

Nama seperti Nik Aziz Haji Hadi Anwar Ibrahim dan Hanipa Maidin selain Husam Musa adalah tarikan yang cuba digunakan untuk menarik pengundi Putrajaya.

Namun yang datang hanya Hanipa Maidin dan Hj Hadi sahaja.


Yang lain tidak hadir termasuk Anwar Ibrahim yang menimbulkan kekecewaan rakyat yang rata-rata mahu mendengar penipuan terbaru beliau dengan gaya lakonan sehebat pelakon Hindustan di atas pentas politik.

Husam Musa menulis di page FB beliau tidak kurang 20,000 datang. Panglima mengira dengan kawan, anggaran hanya 5 ribu sahaja yang datang. 




Rata-rata hanya mahu mendengar penipuan dan lawak jenaka bukan mahu menyokong mereka.


terutama ketika sekarang ini heboh isu Video Mustafa Ali yang tidak diulas sepatah pun oleh Haji Hadi walaupun semua orang ternanti-nanti jawapan isu tersebut yang gagal dijawab dengan berkesan hingga kini.

Semalam juga Husam memulakan ceramah dengan ayat quran.

imej di Page FB beliau untuk Parlimen Putrajaya namun ternyata gagal baca dengan tepat 
di pentas hadapan khalyak semalam


Namun ayat dibaca beliau salah apabila menyebut 'nasrallah' bukan 'nasrullah' dalam surah An-Nasru tersebut. Satu lagi 'wastagfir' dibaca 'wastagfar' bukti bagaimana kalam Allah sudah tidak sama di mulut seorang Naib Presiden Parti Islam akibat perbuatannya.

Kerana pengalaman panglima menghafal Al Quran ia tidak akan salah jika kita bersih jiwa raga dan selalu mengulangnya. Namun jika hati diisi dengan dosa dan putar belit semata, maka kita akan kotor diri dan sukar membaca kalam Ilahi dengan lancar.

Inilah yang berlaku dan inilah yang Allah mahu tunjukkan kepada kita barangkali. Namun adakah ada yang berakal fikiran waras meneliti setiap yang berlaku dengan hati yang ikhlas mencari kebenaran ?

Video beliau akan terbit sikit masa lagi...

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate