Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 April 2013

Edisi Terbalik : @Khalid_Ibrahim Pindah Kawasan Kerana Pengundi Tidak Suka Atau Kerana ' Terlalu Popular ' ???



Jawapan di atas sangat tulus ikhlas dari seorang Menteri Besar. Yang mana tidak lama lagi akan kembali menjadi orang biasa selepas 5 tahun memerintah sebuah negeri paling maju di Malaysia.

Sekali tengok nampak 'cerdik'... Dua kali tengok nampak 'lawak' dan tiga kali tengok nampak 'serius' nadanya.




Berkat 'kebijaksanaan' beliau maka berbagai 'pencapaian' hebat telah dicapai oleh Selangor seperti 'pencapaian' UNISEL  'kehebatan' bekalan air anak syarikat negeri SYABAS, 'Kemajuan' Yayasan Selangor berbanding zaman BN.


contoh 'kejayaan' Yayasan Selangor bawah Khalid Ibrahim


Lantaran itu maka pengundi telah berpakat 'tidak suka' kerana beliau 'terlalu hebat'

Lalu jalan keluar dipilih dengan mengambil keputusan berpindah ke kawasan jauh terpencil di Pelabuhan Klang.

Susah juga ye jika 'hebat' sangat pencapaian.

Semua pencapaian ini ternyata berkat penasihat 'hebat' Kerajaan Selangor nama Anwar Ibrahim yang dulu pernah cuba meminta bantun IMF demi 'memajukan' Malaysia setanding dengan Amerika.


Semua 'kehebatan' ini tidak ada pada parti Barisan Nasional.

Macam budak zaman sekarang selalu ulang masa berborak - kau ada ??

Jadi jangan harap nak sehebat Pakatan Pembangkang yang gigih 'memerah idea' mencari jalan 'membanyakkan dana' dan 'mencari pelaburan' demi 'masa depan' rakyat Selangor.

Jika BN nak 'menang' di Selangor PR akan kata 'jangan harap' !!!

Pilihlah BN jika anda 'tidak mahu' aman makmur dan selamat.

Pilih manusia 'bijak' seperti Khalid dan Anwar sudah pasti negara akan 'membangun dan maju'

nota : Jika anda pening/tidak faham maka terbalikkan semua perkataan bertanda '  '  kepada lawannya. contoh 'cerdik' kepada bodoh. 

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Dia pindah kawasan pun atas nasihat si punaisihat gak. kah kah kah

Cari Blog Ini

Translate