Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 April 2013

Hj Hadi Berang Tindakan Karpal Pertikai Penyertaan Muhammad Taib Ke Dalam PAS ! Tanda PR Makin Hancur Tidak Lama Lagi #PRU13



Photo: Ehemmm...ehemmm saja inilah kelebihan karpal Singh..sudah jatuh dikerusi rodanya pun lagi semakin kuat bersuara lantang....tak apa pas suka sangat ambil orang bermasalah..semuanya dihalalkannya.

Pas minta Karpal jangan persoal keputusan Mat Taib



KUALA TERENGGANU 25 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta tidak mempertikaikan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai Pas baru-baru ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Muhammad untuk bersama dengan parti tersebut tidak perlu dipertikaikan kerana itu adalah urusan bekas Menteri Besar Selangor berkenaan.

''Beliau telah membuat keputusan dengan memilih untuk menyertai Pas dan tindakannya itu tidak wajar dipertikaikan,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama para pemimpin Pas dan wakil parti pakatan pembangkang di sebuah restoran di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas reaksi Karpal yang mempersoalkan tindakan Muhammad menyertai Pas dan tidak layak untuk bersama dengan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Muhammad sebagai sebahagian daripada Pas, Abdul Hadi berkata: "Cukuplah, saya tak mahu komen."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130426/po_11/Pas-minta-Karpal-jangan-persoal-keputusan-Mat-Taib#ixzz2RYYy2rbX 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate