Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 April 2013

Kebangkitan Ulama Pondok Ternyata Menggerunkan Pakatan #PRU13 Seperti Buktinya Di Blog MiloSuam


1. Sebentar tadi sempat sempat singgah di blog MiloSuam, antara blog tegar Pembangkang yang memainkan isu di atas.

2. Jika anda tidak pernah menjenguk lagi blog tersebut boleh search google pasti akan keluar cariannya.

3. Bila Ulama pondok mengeluarkan pandangan yang dianggap sebagai satu 'fatwa' sebagaimana Nik Aziz diikuti pandangannya seperti fatwa juga, maka pihak pembangkang telah melompat dan menghina Tok Guru pondok ini.

4. Pandangan yang jelas tidak didorong oleh sesuatu habuan dunia ini tidak akan bernilai jika tidak diendahkan pembangkang. Namun mereka telah menghentam habis-habisan pandangan ulama pondok yang cukup dihormati rakyat ini.

5. Bila blog utama pembangkang memainkan isu ini maka ia nyata menggoncang Pakatan yang berfikir mereka sudah berjaya mempengaruhi golongan agama di Malaysia ini walhal mereka masih ramai tidak menyokong perjuangan pluralisme, LGBT, dll yang dibawa oleh mereka dalam Pakatan.

6. Kebangkitan ulama pondok ini jelas bukan kerana wang namun kerana prinsip mereka jelas hanya untuk menegakkan kebenaran bukan kebatilan. 

7. Dorongan ini berlaku kerana politik telah mengancam kesucian agama Islam. Jika bukan kerana agama mustahil ilmuan pondok ini akan 'mencemar duli' martabat tok guru  mereka dengan membuat kenyataan seperti di atas. Walaupun kerana mulut itulah mereka kini diuji dengan disita bangunan mereka oleh Majlis Daerah Tumpat dan difitnah menjadi calon Barisan Nasional.


Syukur kepada Allah yang telah menggerakkan hati ulama-ulama yang ikhlas ini agar berani ke hadapan demi menjaga agama Islam bukan demi masa depan UMNO atau Barisan Nasional.


Sebelum mendapat bantuan Ulama ini telah lama mengkritik Kerajaan rejim PAS Kelantan dan jangan kita menabur fitnah bukan-bukan kepada tok guru alim ulama yang warak ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah yg Maha Kuasa .

Cari Blog Ini

Translate