Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 April 2013

@NikAbdulAziz Selak Kain Lepas Husam Pergi Mahu Tok Pa Ganti ???


Gambar dari http://empayar-pemuda.blogspot.com/2013/04/gempar-misteri-makhluk-bernyawa-dalam.html


Takkan Husam Musa mahu tinggalkan Kelantan bertanding Putrajaya maka Nik Aziz sudah jadi lupa seperti di atas?

Takkan kita tidak sedar usia selanjut beliau simptom nyanyuk tidak mustahil menimpa beliau ?

Panglima simpati kepada Nik Aziz kerana 'diseksa' apabila terus dipilih menjadi MB walaupun kita tahu beliau sendiri tidak mahu sebenarnya menjadi MB bila Husam Musa sudah tiada di belakang beliau.

Pukulan ini barangkali taktik Presiden Pas yang melihat jika Husam Musa dapat dipisahkan dengan Nik Aziz maka masalah projek yang berjaya setakat membuat majlis pecah tanah batu asas selama ini akan berhenti dari terus dikembangkan sehingga menjadi igauan amat buruk kepada Pas.



Ditambah dengan berbagai projek yang menampakkan kebijaksanaan Husam Musa sebagai orang harapan MB namun akhirnya ia akan menjadi tugu asas semata-mata seperti projek Jambatan Palekbang.

Sebagai parti paling besar antara PKR DAP maka PAS semakin terhina apabila semakin banyak keburukannya di Kelantan 'diselak' sehingga menyebabkan kain Nik Aziz terselak juga pada masa yang sama.

Dengan berbagai serangan hebat BN untuk membebaskan Kelantan dari rejim PAS ditambah pengumuman Husam Musa akan ke Putrajaya pastinya ia akan menambahkan lagi derita Nik Aziz sebagai kepala kerajaan memikirkannya.

Jika orang biasa sudah tentu akan gila mengharungi perkara ini semua. Harap perbuatan menyelak kain di tengah majlis ini bukan tanda nyanyuk apatah lagi tanda gila mental walaupun semalam sahabat panglima memberitahu ayah Nik Aziz meninggal dalam keadaan mengalami sakit mental.


Tolonglah kawan kawan semua yang menyokong PAS, jangan seksa Tok Guru anda semua, biarkan beliau berehat bermain dengan menantu dan cucu tanpa sebarang masalah luaran atau dalaman...

Bo La wei tok guru, masanya untuk berundur bagi memberi laluan kepada UMNO BN meneruskan perjuangan menampung kekurangan yang terlalu banyak untuk dikejar agar Kelantan setanding dengan negeri yang lain.

Kelantan akan selamat walau berubah pimpinan kerana Kelantan Insya Allah akan dinaungi Tuhan. Berkat ulama dan awliya yang hidup bernafas di bumi Cik Siti Wan Kembang atau yang bersemadi jasadnya di dalam bumi yang banyak sejarah ulamanya satu ketika dahulu.

Mujurlah ada seluar di dalam, bayangkan jika tidak ada ???

Sebelum situasi menjadi lebih teruk maka lebih elok pengumuman berhenti menjadi MB dibuat sebelum terlambat. Kecuali ahli PAS sendiri sudah terlalu menyanjung dan tidak mahu menukar orang lain menjadi MB. Kerana PAS mungkin tiada langsung calon pengganti yang pandai auta seperti beliau.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate