Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 April 2013

Kenali Calon BN P008 Pokok Sena Dato Hj Shahlan Ismail Orang Kuat YAB PM @NajibRazak


Di bawah ini sedikit biodata calon Parlimen Pokok Sena P 008 yang akan menentang Mahfuz Omar. Calon yang sepadan dan ibarat 'buku bertemu ruas' layaknya. Kemenangan BN di Parlimen Pokok Sena sudah tentu akan disambut dengan laungan takbir oleh umat Islam kerana seorang tokoh yang dibenci kerana sikap suka menggunakan fitnah kebencian dan menghina lawan akan diingati sepanjang masa oleh rakyat.

Lebih bahaya lagi pemimpin inilah yang sanggup bersekongkol dengan parti DAP PKR yang galak memperjuangkan kalimah Allah untuk bukan Islam. Walaupun jelas ia akan merosakkan generasi akan datang yang akan keliru dengan agama Islam dan Kristian.

Bersubahat dengan puak yang mahu merosakkan akidah umat Islam sama besar dosanya dengan orang yang melakukannya. Maka tugas rakyat yang cintakan Islam agar berusaha memastikan Mahfuz Omar TUMBANG di Pokok Sena kali ini.

Takbir !!!


KENALI DATUK SHAHLAN ISMAIL CALON BN PARLIMEN POKOK SENA


LATAR BELAKANG


Datuk Shahlan Ismail dilahirkan diKampung Sungai Durian, Pokok Sena, Kedah. Berkahwin dengan Datin Dr. Noralaini Binti Ismail seorang Doktor Pergigian dan dikurniakan 7 cahaya mata iaitu Khairul Aiman (30), Zatil Hanan (28), Shahidatul Qistina (21), Muhammad Syamil Faruqi (19), Alya Dalila (16) and Anis Salsabila (13)

PENDIDIKAN

Beliau Menerima Pendidikan awal di Sekolah Kebagsaan Gajah Mati, Pokok Sena (Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad), Sekolah Menengah Pokok Sena Kedah, Sekolah Menengah Sains Pengkalan Chepa Kelantan and Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya

KERJAYA

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pendidikan di Sekolah Menengah Tunku Putra Baling, Kedah. Selepas itu beliau meneruskan khidmat sebagai pegawai di Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

Kemudiannya Beliau Berkhidmat dengan penuh dedikasi bersama YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak seperti butiran berikut:

Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan (1987–1995),
Pegawai Khas kepada Menteri Pertahanan (1995–2000),
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri (2004–2008)
Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia


. SUMBANGAN YANG DIINGATI


1. Krisis di MesirSemasa berlaku pergolakkan diMesir (Arab Spring ), Shahlan Ismail telah dihantar ke Kaherahuntuk menangani keadaan yang dilaksanakan Malaysia di sana. Beliau juga merupakan penyelaras bagi pemindahan pelajar Malaysia di Kaherah. Beliau bertanggungjawab untuk mengatur rancangan penerbangan bagi pelajar Malaysia untuk menyelamatkan mereka dari huru-hara ekonomi Mesir dan pentadbiran kerajaan yang lumpuh.[2].
.


2. 2010 Banjir Besar Di KedahShahlan Ismail adalah salah seorang individu yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Jitra, Kedah, Malaysia. Di sana, beliau memulakan pengagihan 10,000 dapur untuk mangsa yang terjejas. Dapur itu ditaja oleh Proton Holding Berhad, Bank Muamalat, Bank Rakyat, kerajaan negeri Perak dan Bakti.[3].
.


3. Projek beras Bagi orang-orang Penan
Pada 16 Disember 2010, tiga paderi Katolik mendapati bahawa jambatan yang menghubungkan orang-orang Penan kepada penduduk utama telah dihanyutkan oleh arus kuat sungai. Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Shahlan Ismail telah dihantar ke tempat kejadian. Mereka membawa bersama mereka 2,000 kg dalam 200 beg beras untuk mangsa-mangsa tersebut.[4].

4. Biodata Datuk Shahlan Ismail Dalam Bentuk Poster




UNDILAH DATUK SHAHLAN ISMAIL. INSYAALLAH MERUPAKAN CALON TEPAT DAN TERBAIK UNTUK MEWAKILI PENDUDUK PARLIMEN POKOK SENA

HARAPAN BARU POKOK SENA


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate