Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2013

Kenapa Kerajaan PAS Kelantan Pecah Tanah Stadium Di Tanah Bukan Kurniaan Sultan Muhammad V ???





KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan stadium kerajaan negeri di Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, bagi tujuan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dipetik menerusi laman sosialnya berkata, demi keselesaan penyokong, TRW akan terus menyewa Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebagai gelanggang rasmi sehingga mempunyai stadium sendiri diuruskan oleh mereka.

 “Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

“Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain,” katanya.

 Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek membina stadium bernilai RM320 juta di Bukit Merbau.

Difahamkan stadium berkenaan, apabila siap, mempunyai kemudahan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China.

Projek stadium itu dikatakan projek mega kedua kerajaan negeri selepas projek Lebuh Raya-Kota Bharu Krai yang dirasmikan 28 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika melawat Kelantan pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar, termasuk membina stadium baru sekiranya BN berjaya merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Annuar menjelaskan Kafa bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-IV di Bandar Baru Tunjong.

Katanya stadium yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

Annuar berkata, stadium yang akan dibina pihaknya dikenali The Fortress dan menjadi gelanggang, khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja.

“Urusan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Insya-ALLAH, menjelang 2015, kita akan menjadi pasukan pertama yang memiliki dan mengurus stadium sendiri,” katanya. - Sinar Harian



http://tukar-kelate.blogspot.com/2013/04/trw-nekad-tidak-menggunakan-stadium.html



Kenapa Kerajaan PAS tidak bina di tanah empat yang dikurniakan Sultan Muhammad V ??? Kenapa selepas pecah tanah demi pecah tanah Kerajaan PAS Kelantan pecah tanah lagi walau gagal melaksanakan projek pecah tanah sebelum ini ???

Lihat video :





baca tentang Jambatan ghaib binaan PAS di Palekbang Tumpat...

http://mymassa.blogspot.com/2013/04/gempar-video-keramat-tok-guru-dijumpai.html 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate