Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 April 2013

Menteri Pertahanan @Zahid_Hamidi Dedah Kisah Anak Jamalul Kiram III Naik Jet Peribadi #LahadDatu


oleh : Panglima Perang Cyber

Pagi tadi panglima berkesempatan mengikuti majlis ramah mesra bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad bersama pelajar IPT di Hotel UiTM Shah Alam.

Ratusan pelajar telah dijemput bersama Datuk Seri Menteri Pertahanan ini dan berpeluang mendengar kupasan isu semasa dan nasihat berguna kepada anak muda yang bakal menjadi pewaris bangsa masa hadapan.

Turut hadir Naib Canselor UiTM Dato Sahol yang menyambut ketibaan Menteri dan bersama dalam majlis bersama pelajar.

Banyak kisah Lahad Datu disentuh termasuk kisah anak Sultan Jamalulkiram III bernama Jacell yang naik pesawat peribadi ke sana sini. Siapa yang biaya kita tentu dapat menekanya. Pasti pihak yang mahu melihat Malaysia jatuh membiayainya.

Walaupun ramai mengetahui bapa beliau sendiri tidak mampu membayar kos dialisis buah pinggangnya kerana kesempitan wang.

Antara lain juga diberitahu bahawa jika tuntutan Sabah oleh Sulu berdasarkan pembayaran wang tahunan oleh Kerajaan Malaysia maka Pulau Pinang juga mengalami situasi yang sama apabila hingga ke hari ini masih membayar RM 1000 setahun kepada kerajaan Kedah.




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga menyentuh bahawa Malaysia mengalami perubahan pucuk pimpinan bukan hanya seorang seperti Presiden Hosni Mubarak di Mesir dan Presiden lain di Tunisia Syria dan lain-lain lagi.

Perubahan ini telah menyegarkan lagi demokrasi di Malaysia sehingga sistem pemerintahan segar mengikut perubahan yang menepati kehendak rakyat.


Majlis juga diterangkan isu semasa tentang apa yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan demi kebaikan rakyat.

Khabar gembira juga diterangkan projek Lebuhraya ke Bagan Datok yang akan mempercepatkan lagi jarak perjalanan tanpa perlu melalui Kuala Selangor atau Banting telah diluluskan.

Semua penjelasan ini sebagai bukti komitmen Kerajaan membantu rakyat bukan sekadar mendapat undi tanpa usaha bersungguh-sungguh membantu rakyat kemudiannya.

Beliau berharap sokongan akan terus diberi demi memastikan lebih banyak pembangunan dapat dibuat demi rakyat.

Majlis turut diserikan dengan anak warga Bagan Datok dari KERABAD (Kelab Anak Rantau Bagan Datok)

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate