Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 April 2013

Pandangan & Analisa Pendirian PKR PAS Isu Video Seks Mirip @Anwaribrahim dan Video Mirip SU AGUNG PAS Mustafa Ali

Oleh : Panglima Perang Cyber

Salam perjuangan.

Siang tadi panglima sedikit kesibukan meladeni rakan dari dekat dan jauh pergi ke Plaza Lowyat mendapatkan apa yang dihajat. Hampir tenggelam matahari baru tiba di rumah selepas bertolak seawal naik matahari dan begitulah takdir yang berlaku hari ini.

Selepas berehat dan pulang dari makan bersama keluarga, baru sempat membelek apa isu terkini tentang skandal seks Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Banyak komen dan ulasan telah dikeluarkan berkenaan isu video seks Datuk Mustafa Ali termasuk beliau sendiri yang berkata 

"saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan. "


Beberapa analisa sudah dapat dibuat berdasarkan rentak dan juga cakap yang dilapor oleh media pro kerajaan dan pembangkang. 


Termasuk keengganan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa agar siasatan dalaman PAS dibuat dan juga menganggap perkara ini sebagai kecil. Kenyataan beliau disiarkan Free Malaysia  Today http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/12/video-seks-pemimpin-pas-isu-remeh/

Ketika PAS bising jika isu moral menimpa pemimpin BN/UMNO ketika itu juga apabila terkena rakan mereka, ia dianggap tidak penting dan tidak perlu siasatan. Nampak kejanggalan di dalam jawapan Husam Musa yang jelas begitu lembut terhadap perbuatan tidak bermoral kerana dilakukan oleh anggota partinya.

Terbaru Prof Atory juga turut memberikan ulasan beliau seperti video Antara Pos di bawah :


Haji Hadi juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan Datuk Mustafa Ali, walaupun mungkin beliau sendiri belum pernah melihat video tersebut.

Sebelum itu Dr Hassan Ali juga turut memberi pandangan isu Setopa Ali (nama gelaran) yang tampak terkial-kial menjawab sehingga telah mengaku itu bini keduanya. Komen Dr Hassan Ali anda boleh baca kandungannya di sini http://kedahkekl.blogspot.com/2013/04/panass-komen-hasan-ali-tentang-video.html

Baca juga Datuk Mustafa Ali tidak mahu mengulas status wanita yang ditahan bersama beliau di sini http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-tolakpr-skandal-video-seks.html 
Kita tidak mahu fokus aksi video didakwa mirip Datuk Mustafa Ali tetapi kita mahu rakyat sedar bahawa orang yang menggunakan imej islam belum tentu mampu memelihara dirinya dari dugaan wanita, harta dan takhta yakni kuasa.

Sekali lihat tentu ramai akan terfikir ini adalah kerja Barisan Nasional dan UMNO atau kerja SB. Kerana pembangkang telah menanam di dalam minda anak muda bahawa Kerajaan hari ini sangat jahat. Sedangkan secara mudah sukar untuk sesiapa berfikir lalu menemui keuntungan di sebalik penyebaran video seks ini kepada parti Barisan Nasional.

Begitulah yang kita dapati apabila video seks mirip Anwar Ibrahim dimuatnaik maka ia juga tidak menjana untung selain hanya mendapat gelaran umporno yang cuba dikaitkan dengan parti. Kewujudan video porno ini tidak menguntungkan kempen politik kecuali memberi sedikit pencerahan tentang moral seorang pemimpin yang menutup diri dengan imej Islam namun akhirnya terbukti hanya pandai bercakap namun 'haprak' akhlak dan budi pekertinya. BN tidak pernah menggunakan video seks ini untuk kempen kepada ibu bapa pak cik mak cik di kampung atau kota untuk undi semasa pilihanraya !

Kes video Mustafa Ali ( bukan FB panglima - Muhammad Ali ya ) adalah satu lagi insiden terkini di negara kita bagaimana pemimpin demi pemimpin telah didedahkan video mereka.

Bermula dengan pemimpin BN bukan Melayu iaitu Vijandren dan Chua Soi Lek kes ini berterusan kepada Melayu di dalam Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru SU AGUNG PAS Datuk Mustafa Ali (MA). Jelas kes video seks bermula kepada pemimpin BN terlebih dahulu bukan sebaliknya.

Jika benar BN mengamalkan taktik sebegini sudah tentu tidak akan ada anggota pembangkang yang akan selamat dari video seks. Pasti semua akan dikeluarkan.

Secara logik kita nampak dengan jelas UMNO sangat berharap Datuk MA di dalam membina kerajaan perpaduan. Dengan 'matinya' maruah Datuk MA maka ia juga akan membawa bersama kematian harapan rakyat yang mahu melihat parti utama Melayu Islam akan bersatu demi kebaikan semua pihak.

Secara tidak logik mustahil jika masih ada orang yang tergamak menuduh bahawa UMNO sendiri mahu mematikan Datuk MA !

Inilah yang biasa berlaku bila umat Islam hampir bersatu. Semua tentera Dajjal akan berkumpul mengeluarkan segala peluru agar bumi Malaysia ini tidak akan terus aman dan makmur sehingga menjadi contoh yang hebat kepada semua negara Islam termasuk Timur Tengah.

Berbalik kepada insiden memalukan yang menimpa Datuk MA beliau nampaknya telah berhati-hati menjawab isu tersebut termasuk mendakwa beliau telah berkahwin di Siam. Walaupun menurut sebuah blog ini http://mesintaipburuk.blogspot.com/2013/04/skandal-seks-mustafa-ali-letak-jawatan.html beliau telah digosip melanggan pelacur sejak dua tahun dahulu  

Bagi orang biasa pun sudah dianggap luar biasa dosanya, maka ia juga berkali ganda apabila melibatkan seorang tokoh penting bertaraf Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia !!!

Kenapa MA jadi sasaran ? Kenapa tidak Mat Sabu ???

barangkali kerana beliau sekarang memegang kuasa yang akan  menentukan calon-calon PAS kerana beliau sendiri dilihat orang kepercayaan Presiden Parti Hj Hadi maka kerana itulah beliau menjadi sasaran. Video simpanan yang dipegang telah disebarkan barangkali ingin memalukan beliau kerana mungkin tidak mahu tunduk kepada kehendak PKR agar beberapa kerusi diberikan kepada calon mereka.

Kebetulan pula ketika ini beberapa negeri telah mengumumkan calon mereka, sekaligus mengenepikan PKR yang khabarnya sangat marah apabila PAS mula berani mengumumkan calon mereka sendiri sehingga menindih calon pilihan PKR dan menyusahkan mereka menyusun kerusi untuk calon parti sendiri termasuk dengan cara tidak beradab.

Lagi pun Cikgu Stopa bukan dari golongan ulama dan tidak pelik jika ada gejala tidak bermoral menimpa diri beliau.
 
gambar Cikgu Setopa dengan isteri sah nikahnya

wanita di dalam video :

Cuma kenapa sekarang baru video ini terbongkar ?

Jika kita menjadi penganalisa politik sudah tentu faktor masa dan masalah selain faktor jawatan akan diambil kita di dalam menganalisa punca penyebaran video ini.

Jika benar telahan PKR dalang penyebaran seperti berita yang dilaporkan semalam berdasarkan laporan      Angkatan Muda Keadilan PKR (AMK) (berita http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/55850-2-anggota-amk-ditahan-polis-penyebaran-video-aksi-mustafa-ali ) yang ditahan maka ia menjadi bukti bagaimana kaedah politik mengugut rakan demi kekalkan kuasa, telah berlaku tidak ubah seperti geng mafia di dalam filem Hollywood.

Ingat lagi kes liwat Anwar Ibrahim pertama kali disebut oleh Karpal Singh dan Mat Sabu bukannya pemimpin UMNO.

Perkara ini tidak mustahil kerana filem itu sendiri menjadi alat menyampaikan idea propaganda secara tidak sedar sehingga menjadikan manusia akan mudah melaksanakan kembali apa yang telah ditanam dalam minda fikiran sepanjang dua jam tayangan filem yang ditonton di pawagam atau tv kediaman. 

Lagi tidak dapat dikesan lagi hebat propaganda seseorang.!!!

Negeri Terengganu contohnya negeri yang menjadi mangsa perebutan antara dua parti, kita masih belum mengumumkan kerusi Pakatan yang ditunggu oleh rakyat jelata sekelian. Beberapa negeri yang lain juga telah mengambil langkah mengumumkan calon mereka demi mengelakkan PKR memintas dan menyebabkan PAS serba salah.

Apabila kes video seks Anwar muncul ketika itu Harakah dengan segera telah menyiarkannya walaupun selepas itu mula memadam balik artikel yang ditulis oleh mereka. Seperti mana hari ini Suara Keadilan dengan pantas menyiarkan berita memalukan orang kuat Hj Hadi Awang ini.. Seakan mahu membalas dendam kepada tragedi hitam yang pernah menimpa Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Balas dendam katakan.

Ini hanyalah pandangan panglima sebagai blogger, selebihnya kita serahkan kepada Allah kisah sebenar dalang penyebaran.

Pilihan yang ada dii tangan kita ialah mengundi Barisa Nasional yang tidak ada diganggu video seks pemimpin atau kes liwat. Semua yang difitnah sudah dijawab oleh YAB Presiden UMNO BN dengan bersumpah nama Allah beberapa kali di beberapa buah masjid.

Berani kerana benar takut kerana buat salah beb...

3 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

stopa, mu dahsyat!!!! kata Mat Sabu itu stail syiah, kahwin mutaah, berpuas satu malam cara SAH!!!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PR ni apa yang dikata kita kena tgk sebaliknya sebab sejarah menyaksikan melaksanakan apa yang dijanji dalam manifesto, negara Islam dah jadi negara berkebajikan, pemimpin yang sokong LGBT diangkat, orang kafir dibela, sesama Islam dikafirkan, disamakan dengan firaun, iblis dsbnya. Bercakap lantang tentang hukum Islam, dibelakang mereka yang langgar. Kenapa tak rejam Mustapha Ali? Nak Hudud sangat, rejamlah! CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Sampai mati tak sokong PR

Tanpa Nama berkata...

Chua Soi lek.? Bro pro sgt la....mashuk alhamdullillah

Cari Blog Ini

Translate