Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) : Satu lagi "hadiah" bagi kakitangan awam diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa iaitu…
Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
Kerajaan bakal melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM 150,000 hingga RM 300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.Rumah tersebut berkeluasan di antara 1,000-1,500 kaki persegi dilengkapi kemudahan asas akan dibina di atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga 20 % hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran.
Info Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
- Harga : RM 150,000 – RM 300,000
- Luas : 1,000 – 1,500 kaki persegi
- Unit : Sebanyak 10,000 unit akan dibina di Putrajaya sebagai Projek Perintis
Sebagai projek perintis, 10,000 unit tumah mampu milik kakitangan awam ini nanti akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada pendapat kami, PPA1M ini memang satu langkah yang baik buat kakitangan awam untuk memiliki rumah sendiri yang pertama.
Mungkin bagi kakitangan awam yang ditempatkan di bandar-bandar besar, projek PPA1M ini merupakan yang terbaik buat mereka.
Kita semua sedia maklum bahawa harga rumah di bandar-bandar besar sudah melonjak naik hingga 300% sejak kebalakangan ini.Peluang untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar memang terhad, dan kadang-kalanya kakitangan awam yang bergaji RM 3,000 ke bawah, tidak mampu untuk membeli rumah.Jadi, langkah kerajaan untuk melancarkan Projek PPA1M ini memang langkah yang baik.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan