Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 April 2013

Presiden Indonesia @SBYudhoyono Buka Akaun Twitter Dekati Rakyat - Selepas PM @NajibRazak


Presiden Susilo buka akaun Twitter untuk dekati rakyat


CIPANAS 14 April - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono secara rasmi membuka akaun Twitter semalam dalam usahanya mendekatkan diri dengan rakyat negara ini.

Menggunakan nama @SBYudhoyono, akaun Presiden itu berjaya menarik lebih 130,000 pengikut tengah hari semalam, walaupun tanpa sebarang tweet.

"Buat pertama kali, Presiden akan berkomunikasi dengan rakyat menggunakan Twitter," kata seorang kakitangan kumpulan komunikasi Susilo di Cipanas, Daniel Sparingga. - AGENSI



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Panglima : ternyata langkah yang telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri telah diikuti ketua negara lain seperti Presiden Indonesia ini. Langkah mendekati rakyat menggunakan media baru sememangnya sangat diperlukan hari ini kerana ia mudah dan cepat selain sangat digemari rakyat golongan muda.



Meskipun berisiko digodam namun dengan langkah keselamatan yang mencukupi ia boleh dielakkan.

Jika ada lagi pemimpin yang masih lagi gagal menggunakan teknologi ini maka sayang sekali kita katakan kerana mereka dengan sendiri akan tertolak dari perhatian utama rakyat sehingga menjejaskan mereka dalam parti sendiri.

Sebagai pemimpin yang dilihat ketinggalan zaman sudah tentu mereka tidak mampu menarik perhatian dan minat rakyat.

Mari kita gunakan teknologi untuk membangunkan negara bukan meruntuhkannya.

Syabas kepada pemimpin yang telah mengorak langkah menggunakan media baru kerana mereka jenis pemimpin yang tahu menyesuaikan diri dan mudah menerima pandangan walau dari orang yang jauh lebih muda dan tidak sehebat mereka di dalam kepimpinan.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate