Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mei 2013

BERNAMA - Muhyiddin Minta KPN @PDRMsia Siasat Tujuan Bendera Kecil Dipacak

Muhyiddin Minta KPN Siasat Tujuan Bendera Kecil Dipacak


MUAR, 3 Mei (Bernama)-- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar diminta menyiasat dakwaan yang mengatakan bendera-bendera kecil yang dipacak di ibu negara adalah sebagai tanda tempat untuk pembangkang memulakan demontrasi sekiranya mereka kalah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pihak berkuasa akan menyiasat laporan yang disiarkan beberapa laman blog selain maklumat yang disebar melalui SMS berhubung perkara itu.

"Ada laporan di laman blog dan SMS yang menyatakan ini adalah tempat di mana kalau pakatan kalah maka mereka nak adakan demonstrasi.

"Mungkin ini tempat bermula demonstrasi saya tidak tahu. Macam sudah diramalkan apakah keputusan pilihan raya menyebelahi mereka atau tidak, tetapi yang bahayanya adakah nak timbulkan huru-hara dan tak nak terima keputusan yang dibuat oleh rakyat.

"Jadi saya harap pihak berkuasa akan menyiasat dan Ketua Polis Negara perlu melihat kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu ini. Saya harap ia tidak benar tetapi kalau benar, boleh siasat sedalamnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan surat tawaran dan kunci Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RR1M) di Kampung Renchong di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ir Idris Haron.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas laporan berapa laman blog dan kiriman SMS yang tersebar berhubung bendera kecil berwarna-warni yang dipacakkan di ibu negara yang dikatakan mempunyai makna tertentu.

Warna bendera itu dikatakan mewakili pemuda-pemuda parti yang bergabung dalam pakatan yang akan memulakan Malaysia Spring pada petang 5 Mei jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata jika benar, ia adalah suatu perkara yang membahayakan kerana di Malaysia semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) amat menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya.

"Waktu kami kalahpun kami tidak menimbulkan huru-hara, kami kalah beberapa negeri termasuk Selangor negeri yang paling maju ketika itu, namun peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan teratur.

"Tidak ada bantahan atau demonstrasi, itu amalan budaya kita," katanya.

Beliau berkata jika perbuatan itu semata-mata untuk menakutkan rakyat yang akan keluar mengundi Ahad ini, ia merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab kerana rakyat berhak memilih parti manakah yang boleh diberi kepercayaan untuk menjadi kerajaan.

Muhyiddin menyeru rakyat agar tidak takut untuk keluar mengundi 5 Mei ini kerana polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan kenyataan menjamin keselamatan pengundi.

"Jadi eloklah kita keluar beramai-ramai, jangan bimbang dan takut kerana suasana akan kekal baik dan saya beri jaminan BN tidak akan timbulkan masalah kerana kami kaya dengan pengalaman, kami sayang negara, tidak mahu imej negara tercalar dengan perkara tidak diingini," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=947241


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate