Antarapos – Saiful Bukhari Azlan mengemukakan Visa beliau ke Arab Saudi untuk menjawab tuduhan pembangkang yang mempertikaikan sumpah laknatnya yang dibuat di hadapan Baitullah.
Bukti tersebut dimuat naik melalui laman sosial Twitternya @SaifulBukhari kira-kira jam 6 petang semalam.
"Pasport, visa umrah saya, pada mereka yang mempertikai saya di Tanah Haram. Harap maklum," ujarnya di laman sesawang itu.
Kelmarin Saiful menyiarkan rakaman video sumpah laknat kedua yang dibuat di hadapan Kaabah sebagai usaha membersihkan namanya yang sebelum ini dituduh sengaja merekayasa fitnah bagi menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata video itu adalah bukti beliau tidak bercakap bohong dan dakwaannya sebelum ini bahawa dirinya diliwat Anwar adalah benar.
Terdahulu bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim menarik balik kenyataannya bahawa tuduhan liwat itu adalah rekaan semata.
Azlan menyifatkan penafian yang dibuatnya sebelum ini sebagai pengkhianatan terhadap Saiful.
Mengulas lanjut Saiful menegaskan lokasi klip video yang disiarkan kepada pihak media semalam adalah benar sekali gus menafikan tuduhan pihak pembangkang.
"Tempat saya lafaz tu antara pintu Kaabah dan lorong kecil ke Hijr Ismail. Berdekatan dengan Multazam. Maaflah kalau tidak ditekankan (dalam video). Yang pasti ia tulen.
"Kebenaran memang sukar hendak diterima. Tidak mengapa, saya doakan. Yang pasti saya telah melafazkannya. Dan ianya tulen," jelas beliau.
Setelah sumpah laknat kedua Saiful di sekitar Kaabah itu dimuat naik, ramai yang meragui ketulenannya dan mula menyebarkan pendapat masing-masing di laman sosial dan blog.
Antara perkara yang dipertikaikan adalah berkenaan ketinggian Saiful yang dilihat lebih tinggi berbanding jemaah lain lebih-lebih lagi jemaah daripada Timur Tengah yang rata-ratanya berbadan besar dan mempunyai ketiggian melebihi 190cm.
Malah, kedudukan statik Saiful yang sedang merakam video ditengah-tengah orang ramai menimbulkan tanda tanya kerana tiada perlanggaran dengan jemaah lain.
Ada yang mendakwa video tersebut dihasilkan melalui teknik 'superimposed' dan teknik layar hijau (chroma key).
http://www.anwaraidc.com/?p=34629Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan