Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mei 2013

Dikemaskini : Demi @Anwaribrahim Presiden PAS @AbdulHadiAwang 'diserang' Akhbar Parti Sendiri !


Lihat imej akhbar Harakah edisi 27-30 Mei 2013 di bawah.


Wajah Timbalan Presiden PAS diangkat dan dengan jelas dinyatakan Himpunan Blackout 505 di Kuala Terengganu tidak hadiri Presiden Hj Hadi Awang.
Ia disiarkan di muka hadapan Harakah. Sekali lagi diulang berita sindir Hj Hadi ini disiar di muka depan Harakah suara rasmi Pas.

Sedangkan Pesuruhanjaya Pas Terengganu bukan orang lain iaitu beliau sendiri. Jelas seperti satu serangan dan sindiran terhadap kedegilan Hj Hadi dan geng Ulama untuk menentang demonstrasi jalanan Blackout 505 yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dan gengnya.

Selepas itu berita Mat Sabu diletak muka 3 dan Anwar Ibrahim muka 4 sedangkan Hj Hadi di muka 8.


Lihat gambar :


Lebih mengejutkan artikel bertajuk 'Kelebihan Anwar berbanding Ku Li dan Musa' ditulis Abu Firdaus disiar di dua halaman !!!

Dulu perkara ini pernah ditimbulkan oleh Panglima dan disentuh oleh perwakilan Pas di dalam muktamar mereka. Seperti dilaporkan media massa yang disiar oleh blog http://persadapasirmas.blogspot.com/ dan http://syburi-times.blogspot.com/  :

Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.    

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.  


Kali ini ia diulang kembali dan ternyata ia seakan satu gerakan terancang untuk menjatuhkan kredibiliti Hj Hadi yang telah bertindak menyingkirkan Nik Aziz dan Husam selepas banyak masalah menimpa Pas dari dia individu yang pro Anwar ini.

Tidak cukup dengan itu artikel menyindir Hj Hadi juga disiarkan bertajuk 'Besut, Setiu ibarat Sabah, Sarawak? ' yang dengan jelas mengaitkan kekalahan dua kawasan Parlimen itu dengan kepimpinan Pas negeri Terengganu di bawah Hj Hadi.

Ayat yang ditulis berbunyi 'maaf cakap, kesungguhan Pas Terengganu sendiri untuk menawan kerajaan tidaklah begitu menyakinkan.'


Keruntuhan imej Pas bukan sahaja akibat tahaluf siyasi yang menggadaikan Negara Islam dan Hudud, bahkan akibat keceluparan dan kegagalan dua tokoh besar Pas yang begitu anti perpaduan Islam ini. Hingga Nik Aziz mahu meludah pihak yang mahu menyatukan parti Pas dan Umno! 

Serangan halus ini wajar dibaca ahli dan kepimpinan Pas seluruh negara bahawa parti mereka sedang dikuasai fanatik Anwar yang digelar Anwarinas. Selain itu Harakah juga meletakkan berita Anwar di muka belakang tanda Harakah memang menyanjung Anwar melebihi Hj Hadi bukan sebaliknya. 

Adakah perlu Harakah ditukar menjadi Lidah Rasmi PKR selepas ini? Kita biarkan ahli Pas yang tentukanya.



kemaskini jam 1.05 tengah hari

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA KITA INGAT SAPA HADI AWANG SEWAKTU ANWAR MENERAJUI ABIM DULU DAN SIAPA HADI AWANG KETIKA ITU.ANWAR SDH LAMA MNJADI BOS KPD HADI AWANG HAL INI BKN BARU.APA PUN HADI TRPAKSA AKUR DGN BKS BOS LAMANYA.LBH2 LG HARI INI .

Cari Blog Ini

Translate