Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mei 2013

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ibarat Telur Ayam Tanpa Sarang | ikhwantoday

Berikut artikel menarik dari sebuah portal yang dipercayai bekas Al Arqam namun menolak Khatijah Aam dan mendakwa Khatijah sudah jauh sesat selain pernah diceraikan tiga kali oleh Ust Ashaari. Wallahu A'Lam.


Parti Keadilan Rakyat (PKR)

BN OR pas copy

PKR TIADA MASA DEPAN

Kepada penyokong PKR, jangan marah dengan komen saya ini. Kalau mahu menjadi juara rakyat kenalah menjadi pendengar yang baik. Kenalah mendengar semua komen dan kritikan supaya dijadikan panduan untuk membaiki PKR. UMNO pun pernah suatu ketika dahulu menjadi parti yang pekak. Kini apabila UMNO sudah menjadi peka, sokongan rakyat pun mencanak naik. Namun dalam aspek-aspek tertentu UMNO masih pekak atau tidak peka.

Saya berikan satu teka teki ala budak-budak kepada kawan politik,

'Bagaimana hendak tegakkan telur ayam diatas bujurnya?'

Dia tidak menjawab kerana dianggapnya saya bergurau sahaja. Dia berkata,

'Apalah hang ni, aku dok pikiaq nak menangkan PKR hang mai buat lawak bodoh kat aku.'

Sedangkan teka teki budak-budak itu ada falsafahnya yang tersendiri. Saya minta dia dengar dulu penjelasan saya. Dia akhirnya bersetuju. Kedudukan PKR macam telur ayam yang tidak boleh tegak di atas bujurnya. Kalau telur ayam itu hendak tegak kenalah diletakkan di atas sarang telur. Kalau telur di hujung tanduk memang bila-bila masa akan jatuh. Sekarang ini PKR ibarat telur ayam tiada sarang, tempat untuk ditegakkan. Akibatnya pasti akan tergolek, kalau pun tak pecah.

Apa yang saya maksudkan ialah PKR dengan Pakatan Rakyat atau PR tiada sebarang ikatan ibarat sarang. PR amat berbeza dengan BN. Dalam BN UMNO itu tunggaknya, dan dalam BN ada parti komponen. BN itu adalah sarangnya. Sedangkan PKR, PAS dan DAP hanya ada pakatan. Bentuk pakatan itu ibarat telur ayam mahu tegak sendiri di atas bujurnya tanpa sarang. PKR, PAS dan DAP mempunyai dasar yang berbeza tidak seperti BN. Kesan dari telur ayam tiada sarang, tempat untuk tegak maka masing-masing bergoleklah mengikut hala tuju yang samar. Sekiranya berterusan secara demikian ternyata PKR tiada masa depan.

Hingga kini tiada kabinet bayangan dari kalangan PR. Adakah kalau menang nanti barulah main tangkap muat sahaja. Sepatutnya PR sudah perincikan dasar pemerintahan satu persatu. Tentulah rakyat hendak tahu apa perubahan yang ketara yang hendak dibuat selepas mendapat kuasa. Kalau kini dasar kerajaan pakatan itu masih tiada, maka rakyat anggap PR hanya akan melanjutkan sahaja dasar BN yang sedia ada. Kalau benar demikian, rakyat akan kata 'Kita kekalkan BN. Tak perlulah tukar kerajaan.'

Dalam kerajaan yang mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika, England, Australia, setiap kali hampir pilihanraya rakyat melihat dengan teliti apa perubahan dasar bagi setiap parti. Kadang-kadang sebuah parti mendapat kemenangan hanya kerana dasar berbagai cukainya yang menarik. Saya cuba juga meninjau dasar-dasar PKR dan PR melalui kawan saya anggota PKR. Saya dapati dia pun masih samar-samar dengan dasar PKR dan PR. Dasar PAS memang mudah sahaja sebab PAS adalah parti lebai kampung. Pak-pak lebai ini dengan mudah menjaja,

'Dasar PAS ialah Islam. Islam yang bagaimana? Lihatlah model Islam kami di Kelantan dan Kedah.'

Mungkin juga saya ini seorang yang jahil hingga saya tidak memahami model Islam PAS di Kelantan dan Kedah. Selama ini apa yang saya faham dengan negara Islam ialah, 'Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur.' Toyyibah itu sudah ada pada BN manakala Rabbun Ghafur hanya UMNO perlu buat sedikit sahaja lagi. PAS pula kedua-duanya tidak kelihatan. Nampaknya telur-telur ayam ini bukan setakat akan tergolek malah mungkin akan pecah berkecai.

Waullahu 'Alam -

BN-Pas


http://ikhwantoday.wordpress.com/2013/04/29/parti-keadilan-rakyat/


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate