Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Mei 2013

@PDRMsia Diminta Segera bertindak terhadap Red Bean Army

Segera bertindak terhadap Red Bean Army

KUALA LUMPUR 24 Mei - Pasukan keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa menubuhkan unit teknologi maklumat (IT) bagi menangkis segala pembohongan serta dakwaan yang berniat jahat bertujuan menimbulkan situasi huru-hara dalam negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, perkara itu perlu memandangkan ancaman terhadap keselamatan negara dilakukan secara berterusan oleh pihak tertentu khususnya pembangkang menerusi alam maya.

Katanya, walaupun pembohongan serta dakwaan dibuat tidak boleh 'dilihat' tetapi ancaman dilakukan semakin melampaui batas sehingga menggalakkan rakyat menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara rasmi menerusi sistem demokrasi negara.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak yang mahukan pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap pasukan serangan siber dipercayai tajaan DAP, 'Red Bean Army' kerana sering mencipta penipuan dan memanipulasi fakta untuk menyuntik perasaan benci rakyat terhadap kerajaan.

Presiden Kelab Muda Wartawan Malaysia, Dzulkarnain Taib juga bersetuju dengan Hamidzun dengan menyelarpakatan pembangkang khususnya DAP yang menggunakan gerakan siber untuk membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

Katanya, gerakan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa pakatan pembangkang mempunyai strategi tersusun menerusi laman maya untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menggesa kerajaan meminda segera Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memerangi perang psikologi di internet seperti yang dilakukan oleh 'Red Bean Army'.

Katanya, perkara itu perlu ditangani kerana 'Red Bean Army' selama ini telah mengapi-apikan pengundi Cina dengan fitnah dan penipuan sehingga komuniti itu membenci kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130524/dn_44/Segera-bertindak-terhadap-Red-Bean-Army


Panglima : sangat wajar sesiapa sahaja yang menggunakan alam siber untuk menyebarkan fitnah dan hasutan wajib dikenakan tindakan keras.

Jika tidak maka Malaysia akan bergolak apabila berita palsu disebarkan di alam maya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sesiapa sahaja perlu menggunakan siber mempertahankan negara. Jika kerajaan lakukan kesalahan maka kita yang perlu menegurnya dengan cara yang baik tanpa mengecam atau menghina sesiapa.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate