Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mei 2013

Semalam @BarackObama Telefon @NajibRazak Ucap Tahniah - Isyarat Jelas Kepada @Anwaribrahim dan @Cmlimguaneng !!!


PM Terima Panggilan Mengejut Daripada Obama



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Selasa menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia. 

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. 

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini, Selasa, Pejabat Perdana Menteri berkata, dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. 

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Okt. 

“Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu. 

Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai ‘Trans Pacific Partnership’, dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal. 

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan isu Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear. 

Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran. 

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate