Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Disember 2009

Edisi BPN : Pengumuman Genjatan Senjata oleh Blogger Pro KJ - Syabas Bro Jinggo !


khairy jamaluddin and mukhriz mahathir putrajaya

Alhamdulillah usaha BPN untuk mengukuhkan saf perjuangan para blogger semakin mendapat sokongan bloggers yang ada di alam siber. Kesudian 'otai' puak KJ iaitu Saudara Bro Jinggo yang menggesa agar bloggers Pro KJ membuat genjatan senjata ( klik sini ) dan kembali menentang Pakatan Pembangkang, sangat mengharukan saya.

Jika rintangan kecil ini berjaya kita hadapi maka fokus utama kita pasti akan lebih mantap dengan kesatuan hati-hati para sahabat bloggers sekelian. Tidak kira di mana sahaja kita berada tentu segala tohmahan dan fitnah jahat kepada pemimpin berjiwa rakyat yang bertungkus lumur mentadbir negara kita akan dapat dijawab dengan mudah dengan izin Allah. Kerana kita berada dalam satu 'pasukan' dengan 'satu semangat' yang menuju 'satu matlamat'....

Jika tidak, maka kita akan membuang masa memerah otak untuk melawan sesama sendiri sahaja. Kita akan kalah sebelum berjuang masuk ke gelanggang. Inilah yang dinanti oleh kumpulan bloggers yang melawan kita selama ini. Mereka menunggu waktu perpecahan berlaku dan kita tidak boleh biarkan perpecahan yang mereka tunggu menjadi kenyataan hingga meruntuhkan kota pertahanan siber negara yang kita sama sama bina selama ini.

Umum sudah tahu bahawa Pakatan Pembangkang sudah mengakui kesan serangan bloggers yang gigih membela negara dan mereka sudah sedar tinggi dan rendahnya langit siber ini. Meskipun pada awalnya kita ketinggalan 10 tahun dari mereka dan kita juga kekurangan masa dan tenaga namun usaha dan niat yang baik serta pengorbanan tidak berbelah bagi oleh kita semua telah menghasilkan kejayaan yang agak boleh dibanggakan ini.

Ia adalah kejayaan kita bersama dan ia bukan kejayaan mana mana pihak kecuali kejayaan rakyat Malaysia yang bergelar Blogger Pembela Negara secara zahir atau batinnya. Demi negara kita rela berkorban apa sahaja. Demi bangsa kita rela gadaikan harta benda. Demi agama kita rela tewaskan siapa sahaja yang kurang ajar dan biadap terhadap Tuhan dan Rasul kita.

Terima kasih kepada Saudara Bro Jinggo atas pengumuman genjatan senjata ini dan saya mohon maaf terlewat memproses komen saudara ekoran sedikit kekangan masa dan broadband yang tersekat beberapa minggu ini.

Di bawah saya perturunkan kembali genjatan senjata pejuang siber yang disimpan dalam kotak komen blog saya. Semoga kita akan lebih berjaya untuk misi alam siber.

Takbirrrr !! Allahu Akbar !!!!


Bloggers Pro Kerajaan di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kukuh dan terus memerintah negara. Kesemua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.

Kepada perjuang-perjuang PRO KJ saya menyeru agar sahabat sahabat sekalian membuat genjatan senjata dan kembali ke perjuangan asas! Menentang Pakatan Pembangkang! Kita sudah kesuntukan masa untuk menghadapi Pilihanraya yang akan datang. Sebaiknya gunakanlah senjata terbaik dan kepakaran yang sedia ada untuk menjahanamkan Pakatan Pembangkang dialam cyber ini!!!

Para sahabat sekailian sudah tiba masanya kita menumpukan kepada peperangan yang sebenarnya dialam cyber ini, iaitu menghancurkakan Pakatan Pembangkang! Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara seterusnya menyatupadukan masyarakat.

Dengan ini saya menyokong penuh atas RESOLUSI yang dikeluarkan oleh BPN dan atas tanggungjawab sebagai pembela AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!

Usaha menjayakan penyatuan bloggers dan masyarakat perlu diutamakan dan bukannya berbalah, berpecah dan bertelingkah disebabkan perkara yang tidak membolehkan parti itu bersatu.

Justeru ini dengan rendah diri saya menyeru kepada semua bloggers Pro KJ atau mana-mana pihak sekali pun ayuh kita rapatkan barisan!!!

GEMPUR ! GEMPUR ! GEMPUR!!!!!!!


p/s : saya menunggu komen bloggers yang mendakwa pro Mukhriz ( saya pun ragui benarkah Dato Mukhriz kenal mereka ) jika mereka sudi menurut langkah Pro KJ di dalam membuat genjatan senjata.... semoga kita akan dapat berkorban perasaan ammarah dan dendam demi nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara.

Terima kasih semua !!!

19 ulasan:

Cheguman berkata...

Tahniah Panglima atas usaha saudara bertindak tegas.

Tahniah juga kpd Bro Jinggo kerana mengambil langkah positif.

Anda berdua memang hebat.

PAPA GOMO berkata...

usahlah lagi kita di dalam sesama kerajaan ini berperang. rapatkan saf dan serang pakatan sampai lumat.

C L J berkata...

Macam ni tak mermaknalah Kovensyen PR yang telah mengeluarkan resolusi tidak bermakna itu. Kesempatan untuk memperlekehkan BN (yg memang itu je kerja mereka) dah menjadi semakin sempit.

Cuba Baca "Kaedah Manusia Melayan Manusia" di tokjanggutkeramat@blogspot.com yang membahagi layanan kepada 4 kategori:

1. Melayan Musuh.
2. Melayan Pesaing.
3. Melayan Pelanggan.
4. Melayan Teman Kongsi.

Walau ada anjalan dan variasi dalam realiti kebebasan kehidupan demoktatik; teman kongsi yang pada waktu waktu tertentu menjadi pesaing tetapi ia adalah pesaing dari asas teman kongsi. Layanannya tetap berbeza. Apa lagi antara dua kategori itu ada lagi kepentingan pelanggan yang kena diambil berat.

Barangkali konsep ini nak kena dikembangkan lebih lanjut lagi. Sama samalah kita.

Inshaallah.

umNONOK berkata...

Edisi Pahang: Amat Memalukan, Orang Kampung Sudah Menjadi Perdana Menteri Malaysia Tetapi Rakyat Pekan Masih Derita Masalah Bekalan Air !!

PEKAN, 11 Dis [9.00 pm] - Warga Pahang sungguh terkejut bila membaca satu keratan suara rakyat yang dihantar oleh seorang penduduk Kg.Ganchong Pekan ke ruangan "surat pembaca" Utusan Malaysia hari ini. Antara lain, pengirim yang hanya mahu dikenali sebagai "Cucu Tok Gajah" itu telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana biarpun Pekan cukup terkenal sekarang kerana mempunyai seorang pemimpin yang telah bergelar Perdana Menteri, namun masalah ketiadaan air terus melanda kampung beliau dan kawasan sekitarnya sejak bertahun-tahun lamanya. Menurut pengirim, masalah itu yang sudah dialami sejak sekian lama kini bolehlah dianggap perkara biasa bagi para penduduk disitu. Namun beliau hampa dan merasa terhina kerana Ahli Parlimen Pekan, Dato' Najib Razak kini sudah bergelar pemimpin nombor satu negara. Namun, masalah tersebut terus berlarutan hingga ke hari ini. "Perkara ini telah menyusahkan para penduduk, bukan sahaja setiap kali musim perayaan malahan pada hari-hari biasa" katanya. "Air hanya keluar ke tangki dalam rumah menjelang tengah malam, dan kembali berhenti menjelang subuh. Pada waktu siang pun, kalau ada air pula ia hanya keluar sekejap-sekejap dan tekanannya tidak kuat untuk masuk ke tangki simpanan" tambah beliau lagi. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak akhbar dan jabatan yang berkenaan, namun tiada penjelasan memuaskan telah diberikan. Malah beliau juga berharap dengan pendedahan terbaru ini maka adalah pihak tertentu yang akan mengambil tindakan secara proaktif dan responsif isu ini. "Kami juga tidak mahu lagi mendengar jawapan klise yang menyalahkan paip bekalan, kepadatan penduduk, loji kecil dan sebagainya. Ini kerana perkara tersebut sudah diketahui pihak terbabit sejak sekian lama dan langkah perlu sepatutnya sudah diambil oleh mereka. Apakah kita tidak malu, orang kampung kita sudah menjadi Perdana Menteri tetapi orang kampung Perdana Menteri itu masih tidak berair" katanya.

Klik sini untuk melihat bukti tentang luahan hati rakyat Pekan itu
[Kami tidak terkejut dengan apa yang didedahkan ini sebenarnya. Memang rakyat Pahang terutamanya yang mendiami kawasan penempatan Felda sering berhadapan dengan masalah ketiadaan air sejak lebih 30 tahun lalu. Bayangkan, hingga ke hari ini sudah dua orang Perdana Menteri yang berasal dari Pahang namun masalahnya tetap sama dan tidak berubah. Apakah ia tidak langsung disedari oleh pemimpin terbabit, atau ada pihak yang sengaja mahu merahsiakan perkara ini. Dalam keadaaan bil air yang melambung gara-gara subsidi kerajaan, dan jabatan bekalan air Pahang yang akan diswastakan menjelang tahun hadapan. Apakah senario sebegini harus dibiarkan berlaku dengan sewenang-wenangnya? .. Kerajaan Negeri Pahang, mendabik dada kononnya akan mendapat untung daripada hasil penjualan air mentah yang akan disalurkan ke negeri Selangor tidak lama lagi. Namun, sedarkah mereka bahawa rakyat Pahang kini terpaksa berhadapan dengan kemelut air ini. Rakyat Pahang perlu berani membuat perubahan jika mereka tidak mahu terus dipermainkan oleh pemimpin yang "cakap tak serupa bikin

McTheory berkata...

Bagusla tu, janganla dok perang sama sendiri, sudah-sudahla. . kita serbu terus puak-puak pembangkang, kasi hentam sama mereka. .

Unknown berkata...

yg dikatakan org mukriz tu si parpu kari musibat mamak pedukang...
amik gambo skali terus dicop org mukriz, tp adakah mukriz pon kenal mat parpu ni?

grombolan bodoh berkata...

ENJIN F-5E TUDM DIJUAL PADA SYARIKAT AS – malaysiakini

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

sokonglah parti bodoh tu kah kah kah

YEOP PARIT berkata...

Marilah kita sama-sama bersatu semula dengan satu tujuan dan satu matlamat iaitu menentang pihak pembangkang yang sering dan gemar bersandiwara. Kita kuatkan ikatan dan ukhwah demi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PRU-13.

pai Koliang berkata...

aaaaaa... betul la tu, kau orang wajiiiiiib bersatu kalau mengaku sebagai melayu pemangkin UMNO.GEMPUR SIBANGSAT ANWAR IBRAHIM TU PETUALANG DAN PENGKIANAT BANGSA HABIS HABISAN.JANGAN KASI PELUANG DIA BERNAFAS.

krakatoa berkata...

Berkat maal hijrah,akhirnya sedar bahawa tembak menembak sesama sendiri boleh membawa keruntuhan.

Kalau tak suka tingkap janganlah pula rumah dirobohkan!

Alfonso2009 berkata...

Kita semua kan dalam satu saf untuk pastikan kegemilangan dan pengusaan BN pada PRU ke 13. Kena ingat ini arah tuju kita semua. Perbezaan pendapat dan pandangan tak salah. Bercambahlah fikiran TETAPI bila dah ada team dan puak, ini akan beri kesan kepada semua. Jadi langkah yang berkesan adalah kita fokus kepada 'musuh' politik kita yang memerlukan kita bekerja 10 kali ganda lagi agar semua pengundi dapat menerima semula BN/UMNO. Berhentilah jadi budak-budak jadilah masyarakat yang lebih dewasa dan matang demi kepentingan generasi kita (anak-anak) kita. Siratulrahim tu kita eratkan lagi bukannya dimusnahkan dengan pandangan yang berbeza ini.

Anakbukitgantang berkata...

Assalamualaikum,

Saya dari dulu tidak menyebelahi mana mana pihak, sama ada Pro KJ mahupun Pro Muhkriz

Apa yang menjadi objektif saya adalah memastikan hak kita sebagai orang Islam dan masyarakat Pribumi tidak terhakis dan memastikan ugama Islam tidak terjejas sebagai ugama rasmi negara ini

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada kedua dua belah pihak kerana gencatan senjata itu

Harap tiada istilah "bagai haruan dalam selut" disini- gencatan senjata adalah gencatan senjata-period!

Perjuangan kita masih jauh dan diharap semua bloggers pro establishment sama sama bergading bahu untuk kesejahteraan Malaysia

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

sy selaku Exco BPN menyokong gencatan senjata ini !!

syabas kepada Bro Jinggo !!

yang penting nawaitu kita iaitu menentang Pakatan .. mereka sudah laungkan akan hasut rakyat benci kerajaan .

tugas kita adalah pertahankan kerajaan dan attack mereka habis-habisan !!

SHAH berkata...

seeloknya barisan BPN harus menumpukan persoalan utama untuk menentang PR. paling penting mempertahankan apa yang telah dimiliki skrg jgn dibiarkan dialih dan diambil dengan serangan tanpa balasan.

mrf berkata...

aku pun pelik la apsal la sama2 umno pun nak gaduh..tapi yang aku nampak org2 pro mukhriz and tun M yang beriya2 sangat anti dan boikot dan sabotaj kat khairy ni..(ditambah lagi dgn apa yang diceritakan oleh kwn2 ofis yg pro PKR dan PAS)..

kesian..ngaku pejuang umno tapi otak mcm lembu..sama2 party pun nak dengki. aku tak kenal KJ, tak tau hebat ke tak KJ ni. tak tau jugak mana yang buruknya. tapi yang faktanya dia ketua pemuda..maknanya dapat majoriti sokongan.. aku sebagai org yang anti Pakatan Rakyat sokong je la sapa2 pun pemimpin dari umno. tak payah gaduh2..matlamat kene jelas.kukuhkan parti, lemahkan parti lawan..bukan matlamat nak kukuhkan diri sendiri dalam parti.

kalau korang tengok cerita wonderpet mesti korang faham dan hayati maksud kerjesama.."apa yang penting..kerjaaasama" !!

melayurayadaily berkata...

Tahniah Panglima. Terima kasih Bro Jingo. Marilah kita bersatu memelihara tanah air kita.

Bintangtiga berkata...

Bravo ! Bravo ! Bravo! marilah kita bersatu menentang kominis DAPig anti Islam.

Berita Pemuda UMNO Jerantut berkata...

Panglima Tahniah. Banyakan gambar2.Kumpulkan ilustrator yang kreatif untuk kami sebarkan diperingkat bawah. Horey !

GERILA berkata...

TAHNIAH PANGLIMA JANGAN LEMAH SEMANGAT. PATAH TENGKUK BERTUNGKAT PARUH HA HA HA

Cari Blog Ini

Translate