Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Jun 2013

2 lelaki suspek samun rumah Saifuddin Nasution ditahan @PDRMsia

Panglima : walaupun pembangkang sering hina polis dengan berbagai tuduhan namun sikap profesionalisme mereka tetap kental demi keamanan dan keluhuran undang-undang.

Kerana itu jangan mudah memandang rendah dan menghina anggota keselamatan. 

Bayangkan jika polis boikot enggan menjaga keamanan ? Pasti penjenayah akan berleluasa tanpa sebarang sekatan.

Mari berterima kasih kepada polis dan jangan kita biar ada manusia sanggup hina mereka demi politik songsang pembangkang.



2 lelaki suspek samun rumah Saifuddin Nasution ditahan

MACHANG 9 Jun - Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kampung Air Hijau di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Gosong di sini pada 1.05 pagi Sabtu lepas.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dan mata wang asing.

"Kita masih mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun pada 6.30 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.

Che Malek berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan dan kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan seorang daripada mereka baru keluar dari penjara Disember lepas atas kesalahan sama. Seorang lagi bekerja sebagai penoreh getah," kata Che Malek. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate