Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Jun 2013

Agenda Daily : Peguam Husam Sahkan - direman dua hari

husamberpeluhxxDatuk Husam Musa yang didakwa kata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok Sabtu dianggap sebagai mati syahid, direman dua hari untuk siasatan dibawah Akta Hasutan.

Ini disahkan oleh peguamnya Hisham Fauzi.

Naib Presiden PAS itu ditahan Sabtu di Desa Pandan,Kuala Lumpur oleh polis Bukit Aman.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ampang dan kemudiannya ke Kota Bharu.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok Sabtu dianggap sebagai mati syahid.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.-23/6/2013


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/gara-gara-muluthusam-direman-dua-hari.html


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate