Pengikut Blog Panglima

22 Jun 2013

AMK PKR Punca Pegawai DBKL Dipukul #BlackOut505


AMK Punca Pegawai DBKL Dipukul

June 22, 2013 · 1 Comments




Oleh; Zul Rawi

Mungkin kerana terpengaruh dengan janji syahid yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini, sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka sebagai ABU telah bertindak liar dengan menghalau dan memukul pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi.

Insiden yang berlaku ketika berlangsungnya program himpunan ‘Black505’ itu, ekoran dari tindakan mereka yang cuba menghalang pegawai tersebut dari menjalankan tugas.

Mereka sebelum ini telah bertindak melanggar arahan yang diberikan sebelum ini agar tidak mendirikan sebarang khemah di tempat awam. Ekoran tindakan kumpulan tersebut, pegawai DBKL yang bertugas telah menghampiri kumpulan tersebut dan dengan secara baik telah meminta mereka agar mengemas kembali khemah yang didirikan itu.


Pada mulanya perbincangan berlaku secara baik, namun tindakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip yang bertindak membuat provokasi telah menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Rozan yang lebih dikenali sebagai Mat Rango telah menggunakan pembesar suara ((loud hailer) sambil melaungkan perkataan Hidup Rakyat dan Bangkit Rakyat. Sejurus selepas itu, kumpulan tersebut mula meninggikan suara ada di kalangan mereka mula melemparkan botol minuman kepada pegawai tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, seorang pegawai polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menarik dua orang pegawai tersebut untuk keluar dari kumpulan tersebut.

Namun ia jelas tidak memuaskan hati para penyokong pakatan pembangkang itu, apabila di sepanjang jalan keluar bajunya ditarik sambil dilemparkan dengan kata-kata kesat dan caci maki. Ketika sampai di tepi padang, seorang penyokong pakatan pembangkang telah bertindak menyerang pegawai tersebut dengan mengetuk kepala dan menendang belakangnya.

Menyedari akan perkara itu, beberapa orang yang berada di kawasan sekitar telah bertindak menghalang kumpulan anak muda itu dari terus bertindak secara agresif. Dan tindakan pantas pegawai polis itu membawa pegawai DBKL itu ke kawasan yang lebih terbuka akhirnya sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan.

Mungkin akan ada yang mempertikaikan tindakan pegawai tersebut yang cuba berlagak berani apabila berjumpa kumpulan tersebut tanpa kehadiran pihak polis. Namun menurut salah seorang pegawai DBKL yang ditemui berkata, ia ekoran dari jaminan yang diberikan oleh pihak penganjur yang mengatakan himpunan tersebut akan diadakan secara aman.

“Sebelum ini penganjur berulang kali menegaskan himpunan tersebut akan diadakan secara aman dan berjanji akan mengawal keadaan dari berlaku sebarang kekecohan.

Tambahan pula dua orang pegawai tersebut pergi bukan untuk membuat sebarang provokasi tetapi meminta secara baik agar mereka tidak melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan” katanya lagi.

Kesimpulannya pakatan pembangkang yang selama ini sering menuding jari kepada pihak berkuasa kononnya sering melakukan provokasi adalah merupakan alasan semata-mata bagi menghalalkan matlamat mereka. Kerana pada hakikatnya mereka memang berniat untuk mencetuskan huru-hara agar dapat menumbangkan kerajaan melalui keganasan.

Catat Ulasan