Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2013

BAT umum kenaikan harga rokok 3 peratus kuat kuasa 3 Jun - Untuk Tekan Kerajaan @NajibRazak ?

BAT umum kenaikan harga rokok 3 peratus kuat kuasa 3 Jun

KUALA LUMPUR 2 Jun - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut: DUNHILL range RM10.50 KENT range RM10.50 BENSON & HEDGES RM10.50 PETER STUYVESANT range RM9.00 PALL MALL range RM9.00 PALL MALL Plain RM10.90 LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90 ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ulasan : biasanya jika selepas belanjawan baru ada kenaikan harga, adakah ini strategi untuk jatuhkan imej Kerajaan ?

 Umum mengetahui cukai rokok banyak menyumbang kepada kerajaan dan tidak mungkin kenaikan ini bertujuan membantu kerajaan.

Ayat tentang kenaikan penyeludupan juga seakan menyindir Kerajaan dan adakah itu satu kebetulan ?

Wallahu A'lam.

Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah harga rokok naik.

Cari Blog Ini

Translate