Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2013

Blackout 505 @Anwaribrahim Untuk Elak Dipenjara 22 Julai 2013 Depan ?


 Putrajaya: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari bermula 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Tarikh rayuan itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari ketika pengurusan kes di hadapan beliau, semalam. 
Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili peguam Zaleha Al-Hayat. 


Pengurusan kes 26 April 

Noorin memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding. 

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara, di sini, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. 

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA




Panglima : patutlah. Ini barangkali punca Anwar terlalu ingin menjadi PM selepas gagal dalam PRU13. 20 tahun penjara dan sebatan bukan ada orang mahu beb. 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate