Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Jun 2013

DAP Pindah Aset Parti Tanpa Pengetahuan Ahli - Harapkan pendaftaran dibatal ???

A. David Das

KUALA LUMPUR 27 Jun - Dakwaan DAP memindahkan aset bernilai jutaan ringgit kepada pemimpin dalaman parti seolah-olah menunjukkan Dinasti Lim 'mengharapkan' pendaftarannya dibatalkan.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass berkata, perkara itu bertentangan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang belum lagi menyatakan keputusan untuk membatalkan parti berkenaan.

"Kita sedia maklum bahawa ROS belum lagi memberikan keputusan muktamad sama ada untuk membatalkan pendaftaran parti atau mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), namun kenapa isu itu timbul sekarang?

"Kalau benar proses pemindahan pemilikan aset sedang berlaku, ini jelas menunjukkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat, Lim Kit Siang sudah bersedia dengan pembatalan parti itu.

"Sehubungan itu, Guan Eng perlu tampil menafikan dakwaan tersebut sekiranya tuduhan itu adalah tidak benar," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa bahawa DAP sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Katanya, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan CEC.

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya, khususnya berketurunan India.

Jelas David, perkara itu dilihat sangat praktikal kerana sekiranya pemilihan semula CEC diadakan, dikhuatiri banyak pemimpin DAP yang menduduki kedudukan teratas akan kalah teruk.

Oleh itu katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, proses pindah milik aset pada peringkat awal dapat menyelamatkan harta parti itu.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, Pulau Pinang, G. Asoghan mempertikaikan pemindahan milik aset yang jelas menunjukkan tidak berada dalam bidang kuasa kepemimpinan tertinggi DAP kerana pemilihan CEC yang diadakan pada 15 Disember lalu adalah tidak sah.

Malah, tambah beliau, parti berkenaan tidak boleh memindah milik sebarang aset tanpa pengetahuan ahli parti berkenaan kerana itu adalah milik mereka.

"Difahamkan, semua ahli CEC adalah tidak sah seperti diumumkan ROS, jadi bagaimana mereka mempunyai kuasa untuk memindahkan aset terbabit? Jika perkara ini adalah benar, maka kepimpinan tertinggi parti itu telah membuat kesilapan yang besar," ujarnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate