Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Jun 2013

Terima dan hormati keputusan PRU13 - Titah YDP Agong

Ketika puak pembangkang masih buat macam-macam hal kerana geram kalah dalam pilihanraya umum ke 13,Yang di-Pertuan Agong pada pada titah baginda Selasa merasmikan pembukaan mesyuarat penggal pertama Majlis Parlimen ke-13 mahu semua pihak terima dan hormati keputusan pilihanraya itu.
Dalam titahnya di dalam ruang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menegaskan pilihanraya itu diadakan mengikut lunas demokrasi dan berlangsung secara aman.
Ini kali pertama titah Seri Paduka mengenai keputusan PRU13 itu dibuat di depan para pemimpin pembangkang sendiri.
Isnin semalam semasa majlis angkat sumpah para Ahli Parlimen,lebih 100 penyokong pembangkang cuba cetuss ketegangan semasa demo mereka di jalan depan bangunan Parlimen.
Sekalipun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) cuba dijadikan kambing hitam oleh gerakan pembangkang dalam membantah keputusan PRU 13, Tuanku Abdul Halim menyatakan penghargaan kepada agensi pengendali pilihanraya itu.


Seri Paduka juga mahu para Ahli Parlimen Ahli Parlimen perlu merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara.
Menurut Seri Paduka sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat
Yang Dipertuan Agong mengingatkan mereka jangan melakukan perkara yang boleh menyusahkan negara sebaliknya menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Tuanku Abdul Halim juga menyuarakan keyakinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membawa negara maju ke depan.
Buat pertama kali dalam sejarah majlis perasmian sidang Parlimen terpaksa diadakan dalam dewan bankuet bangunan Parlimen kerana keadaan jerebu yang serius.
Ketibaan Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Dataran Parlimen pada 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Turut menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja', menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, berikutan masalah jerebu.
Upacara itu diteruskan dengan lagu 'Negaraku' yang dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, diikuti 21 das tembakan meriam.
Keadaan dewan yang kecil tidak memungkinkan acara pemeriksaan kawalan kehormat melibatkan 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi diadakan.
Tepat 10.50 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan Seri Paduka diiringi ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan perwakilan asing.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 16 hari hingga 18 Julai, diikuti sidang Dewan Negara, dari 22 Julai hingga 1 Ogos 2013.-25/6/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/terima-dan-hormati-keputusan-pru13-ydp-agong.html


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate