Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Julai 2013

Jati, Perkasa kutuk keras Duta Vatican Marino Sokong Kalimah Allah dan Minta Usir Dari Malaysia

Hasan Ali (kiri) dan Aidit Ghazali (tengah) serta Ibrahim Ali dalam sidang akhbar mengutuk kenyataan Bishop Joseph Marino berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk keras kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino yang menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal itu kerana kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan hak tersebut sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jati, Perkasa dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain mahu Marino menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari atau membuat penafian jika berita berkenaan tidak benar.



"Sekiranya Duta Vatican ini gagal berbuat demikian, kami daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mendesak kerajaan supaya satu tindakan paling tegas diambil terhadapnya.

"Kami mahu kerajaan menutup segera pejabat Duta Vatican di Malaysia dan duta tersebut perlu diusir keluar dari negara ini," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, kerajaan wajar bertegas dalam perkara tersebut memandangkan duta berkenaan telah menyentuh hak paling eksklusif dimiliki umat Islam negara ini.

"Apa maknanya jika duta tersebut menyokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah serta menyokong kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu," ujarnya.

"Apa yang dilakukan oleh duta ini benar-benar menyinggung perasaan umat Islam kita di sini. Oleh itu, saya meminta setiap umat Islam termasuk teman-teman dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bangkit menentang kenyataan duta tersebut,'' ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim ketika mengulas isu sama mahu kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan ketegasannya kerana isu tersebut menyentuh kepentingan serta hak umat Islam negara ini.

"Saya amat berharap Perdana Menteri tunjukkan ketegasannya dengan tidak bertoleransi dalam isu-isu sebegini," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_02/Jati-Perkasa-kutuk-keras-Marino#ixzz2YtBAhHJ4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Panglima : jangan sesekali ada pihak cuba menjadikan isu ini sebagai isu yang boleh mencetuskan pergaduhan antara agama di Malaysia. Kita tahu usaha sebegini sentiasa ada dan akan berterusan sepanjang masa namun ia tidak perlu untuk dibangkitkan ketika umat Islam sedang melaksanakan ibadat bulan Ramadhan. Harap kita dapat tentang dan bantah sekerasnya perkara ini hingga mereka menyuarakan kemaafan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib ada telur ke nak buat semua tu? Emmm payah ler.. Lagi mudah jaga Kristian dan Hindu tu dari jaga bangsa dan agama dia sendiri.

Cari Blog Ini

Translate