Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Julai 2013

Media sosial bakal mempengaruhi kemenangan calon di Kuala Besut | Temuramah Astro Awani bersama Aktivis Media @Eizwan

Media sosial bakal memainkan peranan penting dalam penentuan kemenangan calon di Kuala Besut kerana 55 peratus pengundi di sana adalah pengundi muda. Tulis portal Astro Awani.
Semalam sahabat saya juga aktivis sosial saudara Eizwan Abdullah telah ditemuramah oleh Astro Awani untuk memberi pandangan tentang hal ini.



Pandangan beliau boleh dilayari di link portal Astro Awani di bawah.



Secara tidak langsung media memberi pengiktirafan terhadap pengamal media sosial dengan meminta mereka 'bersuara' di udara. Khususnya di saat PRK Kuala Besut yang menjadi tumpuan semua parti politik ketika ini.


Dulu dua tahun lalu ada rakan juga menawarkan kepada Panglima untuk bersiaran di Astro Awani namun belum lagi bersedia kerana faktor identiti panglima yang belum lagi tiba masa dibuka 'topengnya'

Biarlah blog ini menjadi suara maya yang boleh diikuti mereka yang mahu membaca apa yang ada di minda saya. Dengan kadar anggaran 150 ribu sebulan pembaca tetap blog panglima yang kini mencecah 4.6 juta, ia satu jumlah sangat besar di dalam memberi kesan kepada pemikiran pembaca.

Boleh jadi mereka yang datang merupakan seorang Ulama, Menteri, Kerani, KSU, Setpol atau pemandu teksi yang menjadi ahli Umno Pas Pkr dan Dap.

Jika keadaan mengizinkan tidak mustahil pelawaan sebegini akan diterima pada masa akan datang.

Tidak kisah jika ramai tidak kenal siapa di belakang blog ini kerana tidak ada sebaran bahan fitnah di sini selain kritikan membetulkan keadaan demi kebaikan semua pihak termasuk parti Umno sendiri.

Selamat menyambut Ramadhan hari ke-4 dan mari banyakkan beristigfar di separuh permulaan pertama perjalanan kerohanian melalui kewajipan ini.

Ibadat dilakukan atas dasar cinta Allah akan dirasa nikmatnya setiap ketika kita sedang melaksanakannya. Semoga ia dimiliki dan dipenuhi dalam hati kita semua. Hendak mencintai Allah kenalah bersama ulama hakiki keturunan Nabi bukan ulama label parti yang ubah fatwa bila dilihat tidak sesuai dengan parti bukan kehendak Allah Taala itu sendiri.

Tahniah kepada sahabat Eizwan Abdullah yang memberi pandangan bernas sebagai penganalisis media sosial yang sangat aktif memberi penjelasan isu semasa di akan siber dengan cara beliau yang bersih dari kata dusta dan caci hamun penuh emosi yang jelas ia bukan sifat mukmin sejati.

Gambar dua hari lepas bersama Eizwan Abdullah di sebuah hotel Kota Bharu


Kita harap lebih ramai aktivis yang berhati-hati menulis dengan menggunakan fakta yang tepat dan juga bahasa yang tidak kesat!

Wassalam.

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate