Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Julai 2013

Ketua Pengarah BTN Antara 324 Penerima Bintang & Darjah Kebesaran Sultan Terengganu

Tahniah kepada semua terutama KP BTN yang turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Toh Puan bagi isteri.

Panglima pernah bersama beliau dalam majlis syarahan perdana Prof Wan Mohd Noor anak murid Prof Naquib Al Attas di UTM Kuala Lumpur dua minggu lalu dan kerana itu berita ini disiarkan dengan menyebut jawatan beliau.

Beliau antara mangsa sasaran kecaman beberapa orang blogger dan pihak yang mungkin tidak mengenali beliau dengan tepat dan mungkin ada sebab peribadi untuk menghentamnya.

Kisah panjangnya tidak mahu panglima ulas di sini.

Yang penting sesama Islam elok jangan ada hasad dengki dan iri hati dan doakan kesilapan jika ada akan dibaiki berkat doa kita setiap hari.

Bergembira lah dengan apa Allah kurnia kepada kita dan berdoalah agar ditambah lagi tanpa ada niat agar orang lain diharamkan dari mendapat nikmat yang sama.

Beliau orang yang bijak atur strategi demi memastikan perpaduan antara rakyat Malaysia melalui Gagasan 1Malaysia dapat dicapai dengan jayanya.



KUALA TERENGGANU 7 Julai - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat pada majlis pengurniaan bintang dan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun ke-51 Hari Keputeraan baginda di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering di sini hari ini yang berlangsung dua hari.

Istiadat seterusnya pada Selasa ini adalah bagi upacara pengurniaan pingat.

Hari ini seramai 107 penerima bintang dan darjah kebesaran daripada keseluruhan 324 orang menerima pengurniaan dengan didahului Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah dan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Mereka berdua dianugerahi darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk Seri. Seorang lagi menerima darjah itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar namun beliau tidak hadir atas sebab tertentu.

Dua penerima darjah Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk dan Toh Puan bagi isteri penerima ialah Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu, Datuk Mohd. Yazid Mustafa dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Seramai 13 individu pula menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang turut membawa gelaran Datuk dan Toh Puan bagi isteri mereka.

Antaranya bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib; bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Asha'ari Idris; dan Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali.

Selain itu, Pengarah Kerja Raya Terengganu, Shafii Mohamad; Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Anwa Sulaiman; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu, Nor Akmal Abdul Fatah; Naib Yang Dipertua Perkaya, Harun Hassan dan Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Halal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Samsiah Awang turut menerima D.P.M.T.

Dua perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang juga anak jati Terengganu, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dari Unit 69, Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Allahyarham Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Lebar dari Cawangan Khas Bukit Aman ialah antara enam penerima Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (S.M.Z).

Noor Aziah Noor (balu Zulkifli) dan Rosiah Dahlan (balu Ibrahim), mewakili suami masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Zakaria Hussin; Pengarah Jabatan Baitulmal Maidam, Mohd. Noor Mohamad; Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten KOmisioner Arjunaidi Mohamed; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, ACP Roslee Chik dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman pula ialah antara 21 individu yang menerima Setia Mahkota Terengganu (S.M.T).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri, Allahyarham Dr. A Rahman Mokhtar pula ialah antara 26 individu yang menerima pingat Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z) selain Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhami Omar.

Balu Dr. A Rahman, Azizah Nik Omar, 55, mewakili Allahyarham dalam majlis pengurniaan itu.

Dr. A. Rahman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut meninggal dunia 26 Jun akibat kanser paru-paru.

Sejumlah 36 individu menerima Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong.

Pada pengurniaan pingat Selasa ini pula, seramai enam orang menerima Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C), 18 penerima Pingat Bintang Lama Berjawatan (B.L.B), 169 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan 23 penerima Pingat Lama Berjawatan (P.L.B). - BERNAMA


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate