Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2013

Terbaik !!! Menteri @Zahid_Hamidi Tegas kekal Akta Hasutan Demi Pelihara Empat Perkara Utama Perlembagaan !

Zahid ulangi pendirian kekal Akta Hasutan

PUTRAJAYA 7 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata, jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di sini hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya ... tapi meminda," kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincanga," kata Ahmad Zahid. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tak faham, kenapa Nazri kerjanya asyik mansuh itu mansuh ini ? yg dimansuh pula perkara2 yg boleh mengancam maruah dan kepentingan bangsa melayu islam !

dulu , Namawee hina lagu kebangsaan ..Nazri siap peluk!
ISA dah dimansuh, akta hasutan pula nak dimansuh, lepas ni mansuh apa pula lagi?

betullah kata orang, menteri UMNO lebih mendengar suara dan desakan cina pembangkang lebih dari suara dan bangsa melayu itu sendiri, tiada guna sokong kerajaan kalau kerajaan [menteri] itu lebih pembangkang dari pembangkang itu sendiri ..

mengecewakan!

Cari Blog Ini

Translate