Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Ogos 2013

Ini Model Baru Proton Hasil 'Kacukan' Dengan Honda Untuk Kegunaan Pegawai Tinggi Kerajaan @NajibRazak ?


Ini gambar khabarnya hasil 'kacukan' Honda dan Proton untuk menggantikan Proton Perdana. Surat juga sudah dikeluarkan pada 29 Julai 2013.

Pada saya, keselesaan pegawai tinggi kerajaan perlu dititikberatkan dalam keadaan tidak terlalu mewah. Dengan pemilihan kereta ini sudah tentu ia sesuai dengan status Ketua Jabatan yang patut menggunakan kereta yang tidak banyak masalah berbanding Proton Perdana yang sering kita dengar kisah gear box yang tidak berkesudahan hingga kini. 

Perkongsian ini juga khabarnya akan memberi keuntungan kepada Proton atas dasar 'win-win situation'

Berita tentangnya sudah heboh sejak tahun 30.10.2012 

Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing untuk anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd. 

Pemilihan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai rakan strategik Proton Holdings yang berlanjutan hampir lima tahun iaitu setelah pengeluar kereta nasional itu menamatkan rundingannya dengan Volkswagen AG (VW), pengeluar kereta terkemuka Jerman dan General Motors (GM) dari Amerika Syarikat (AS) pada 2007. 
Sebelum ini, VW dan GM disebut-sebut sebagai calon utama untuk membolehkan Proton Holdings memperkenalkan model baru yang lebih berdaya saing, selain membantu ia meningkatkan jualan di peringkat global. 


DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, satu Perjanjian Kerjasama membabitkan Proton Holdings dan Honda Motor sudah dimeterai semalam. 

Konglomerat itu berkata, perjanjian berkenaan membolehkan Proton Holdings dan Honda Motor meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama dalam industri automotif, iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran. 

Ia berkata, perjanjian itu juga menandakan bermulanya potensi kerjasama strategik jangka panjang antara Proton Holdings dengan Honda Motor. 

Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing akan memberi kelebihan kepada Proton Holdings serta Kumpulan DRB-HICOM dengan potensi untuk berkembang sebagai pengeluar peralatan tulen (OEM). 
Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada Proton Holdings dan Kumpulan DRB-Hicom untuk jangka panjang, katanya. 

DRB-Hicom berkata, perjanjian kerjasama berkenaan akan berkuat kuasa sehinggalah tertubuhnya pelaksanaan Perjanjian Muktamad.





1 ulasan:

Budak Baghuh berkata...

Salam, blog tuan nenarik dan bagus untuk dikongsi..mohon http://orangkampungcyber.blogspot.com dimasukkan dlm bloglist tuan. Terima Kasih & Salam Perjuangan

Cari Blog Ini

Translate