Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Ogos 2013

Lelaki ditembak pagi tadi, meninggal dunia di HSUM petang ini

Lelaki ditembak pagi tadi, meninggal dunia di HSUM petang ini

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan TOREK SULONG

KOTA BHARU 5 Ogos - Seorang lelaki yang cedera parah selepas ditembak dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kampung Gong Mengkelih, Pasir Puteh dekat sini awal pagi ini, telah meninggal dunia petang ini.

Mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 1.20 petang ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat di dada, perut dan punggung.

Selain itu, seorang lagi mangsa, Nor Hadiyana Zakaria, 25, yang ketika itu berdiri di sebelah Amirul Tajo, cedera ditembak lutut kanan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian, Amirul Tajo dikatakan sedang minum di kedai tersebut sebelum dua lelaki bermotosikal berhenti berhampiran mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan kira-kira pukul 5.15 pagi ini.

"Siasatan awal mendapati pada 15 minit sebelum itu, mangsa yang minum bersama dua rakannya telah memanggil pemilik kedai untuk membayar harga minumannya, pemilik kedai tersebut telah meminta anak angkatnya (Nor Hadiyana) supaya mengambil wang tersebut.

"Ketika Nor Hadiyana berbual dengan mangsa tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal Jenis Yamaha LC warna merah dan hitam, kemudian berhenti berhampiran mangsa dalam jarak lebih kurang dua meter dan pembonceng motosikal telah melepaskan tembakan ke arah mereka berdua.

"Amirul Tajo yang tidak bekerja rebah manakala Nor Hadiyana berlari masuk ke dalam kedai selepas terkena tembakan. Kedua-dua mereka di bawa ke HUSM untuk rawatan lanjut namun Amirul Tajo meninggal dunia petang ini," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130805/je_14/Lelaki-ditembak-pagi-tadi-meninggal-dunia-di-HSUM-petang-ini




Sent from Samsung tablet

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate