Pengikut Blog Panglima

02 Ogos 2013

Maznah direman dua hari...Komen Adik Beliau

maznah-anjingKEMASKINI Wanita yang merakam video ucapan Hari Raya bersama anjing kini ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat Johor, hari ini.

Maznah Mohd Yusof, 38, direman hari ini dan esok oleh pihak polis bagi mendapatkan kenyataan berikutan tersebarnya video ucapan Hari Raya yang dirakamnya bersama tiga ekor anjing.

Menurut Pegawai Penyiasat IPD Segamat, Inspektor Osman Mantahar, perkara itu masih lagi di peringkat awal siasatan dan tindakan susulan akan dibuat selepas Maznah memberi kenyataan.

"Kami masih menyiasat perkara ini dan dalam usaha untuk mendapatkan kenyataan dari dia (Maznah)," katanya.

Setakat ini katanya, Maznah memberi kerjasama kepada pihak polis yang menjalankan siasatan ke atas kes itu.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Maznah mengakui pelik dengan perbuatannya yang gemar memuat naik klip video menyentuh sensitiviti penganut Islam dalam blog.

"Sebagai adik-beradik, kami puas menegurnya sebelum ini, tetapi dia tidak mempedulikannya," kata seorang kontraktor mendakwa dirinya adik kepada Chetz atau Maznah Yusof.

Lelaki dikenali sebagai Aiman berusia 30-an itu berkata, kakaknya yang juga anak kedua daripada sembilan beradik memang gemar memuat naik klip video seumpama itu.

Menurutnya, perbuatan Chetz itu bukan saja menarik perhatian ramai, malah menjejaskan imej keluarganya yang tinggal di Muar, Johor.

"Bapa kami masih hidup dan perbuatan kakak memang menyinggung perasaan kami.

"Saya terkejut apabila perbuatannya didedahkan Harian Metro, semalam," katanya dalam satu temubual yang disiarkan akhbar Harian Metro.

Aiman berkata, kakaknya yang pernah belajar di luar negara juga kurang berhubung dengan keluarga kerana tidak selesa dengan teguran yang diberi.

Menurutnya, kakaknya yang masih bujang dan bekerja di Kuala Lumpur juga hanya sesekali pulang ke rumah keluarga.

"Saya dan keluarga memang sudah lama mahu mendedahkan perbuatannya, namun tidak berkesempatan. Tujuan kami bukan mahu menghinanya, tetapi supaya dia sedar kesilapannya.

"Saya berharap kakak bertanggungjawab terhadap klip video berkenaan dan insaf.

"Harapan kami sekeluarga supaya dia pulang ke kampung pada Aidilfitri ini dan berharap ada pihak sudi tampil memberikan kaunseling dan nasihat kepadanya," katanya.

-1/8/2013


http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/lepas-selamat-berpuasa-bak-kut-tehanjing-pula-jadi-penyeri-aidilfitri.html


Sent from my iPhone
Catat Ulasan