Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Ogos 2013

myMetro | Diplomat Asia Tengah sebar Syiah Di Satun, Thailand

Padang Besar: Wakil kedutaan sebuah negara dari Asia Barat dikesan menyebar fahaman Syiah di wilayah Satun, Thailand yang menjadi kubu kuat ajaran berkenaan sebelum fahaman itu dipercayai turut menyusup masuk ke wilayah utara di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Satun (MAIS) Thailand Abdul Fatah Mohd Diah berkata, penyebaran fahaman itu sememangnya berlaku di wilayah Selatan Thailand, tetapi ia tidak pernah dihalang kerajaan negara gajah putih berkenaan sejak dulu.


Menurutnya, ini berikutan tiada sekatan bagi seseorang mengamal serta menganut agama masing-masing kerana setiap orang diberikan kebebasan.

Katanya, pihaknya difahamkan, penyebaran fahaman Syiah didalangi wakil kedutaan sebuah negara di Asia Barat itu yang akan mendekati orang Islam yang kurang berkemampuan sebelum memberikan bantuan kepada mereka.


"Jika individu itu seorang nelayan, mereka akan memberikan sampan atau bot baru untuk mencari rezeki. Begitu juga petani dan peladang yang akan diberikan bantuan bagi mengajak mereka menjadi pengikut Syiah.


"Setakat ini, fahaman Syiah dikesan tertumpu di wilayah Satun terutama di Kampung Bantong dan Kampung Chelong. Mereka mempunyai gerakan jemaah yang besar dan kuat, malah memiliki dua masjid besar dan mewah di kawasan berkenaan," katanya.

Abdul Fatah berkata, pihaknya sukar untuk membezakan seseorang itu mengamalkan fahaman Syiah atau sebaliknya kerana ia boleh dikesan jika dilihat mengamalkan ajaran berkenaan secara terbuka.


"TSetakat ini, tiada aktiviti secara terbuka dilakukan pihak itu di Satun dan mereka bergerak secara tersembunyi di kawasan kampung dan kawasan nelayan, di sini," katanya pada Majlis Jalinan Sinar Perlis-Thailand, di sini, kelmarin.

Ia turut dihadiri Menteri Besar Azlan Man.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan negeri Ahmad Bakri Ali berkata, pihak berkuasa di negeri ini sudah dimaklum serta diberi taklimat mengenai kegiatan Syiah di Satun, Thailand oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).


http://www.hmetro.com.my/articles/2013080204580920130802045809/Article?mutakhir


Sent from my iPhone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perang Cyber, awatlah K'tan ni! Ahli PAS yang asyik beriya nak sokong Syiah tu, baik bantulah orang miskin kat K'tan ni, yang bawah PAS dah bERDEKAD. Lihatlah anak-anak yatim Melayu/Islam malang ini dibantu oleh peniaga CINA - tak tahu latarbelakangnya!). Saya risau kalau tanah anak yatim ini diambil atau dijual kat si 'penderma' Cina ini, kerana nak pindahkan anak-anak yatim kat rumah yang hanya bernilai 20, 000! Di P. Pinang, kpg-kpg PUSAKA Melayu habis TERGADAI - bermula dari beli satu lot tanak kpg - kemudian si Cina buka kilang, habis rosak seluruh sawah padi kat kpg - jadi yang lain, turut jual kat Cina ini! Jadi, sepatutnya yg membantu umat Islam miskin dan anak yatim perlu dari pertubuhan ISLAM sendiri. Lihat ini di http://www.nst.com.my/nation/general/orphan-siblings-to-get-new-home-1.330527, Orphan siblings to get new home, By Sharifah Mahsinah 01 August 2013Abdullah,:

KOTA BARU: A TEENAGER, who raises his four younger brothers and sisters single-handedly, will have something to cheer about this Hari Raya Aidilfitri.

After their plight was highlighted by the New Straits Times, a businessman pledged to build a home for them next week.

Muhamad Zulhairie Zainudin, 17, who works in a foodstall, and his brothers and sister also receive assistance and aid from donors, who had been touched by their plight.

Businessman Datuk Sunny Ung said it was heart-wrenching to see the living conditions of the children and felt moved to provide the five children a better home.

He said their home in Kampung Chekok here was not suitable for them.

"I hope the children will be more cheerful and comfortable, especially the girls, when celebrating Hari Raya Aidilfitri in their new house."

Ung had allocated RM20,000 to replace the old house.

Their new home is expected to be ready by next week.

"I was inspired to donate and get involved in charity work as Kelantan has a high poverty rate.

He said many people were forced to live in similar conditions as the five children and had no one to turn to for aid.

"In this case, the elder brother is forced to find work to support his younger siblings."

Zulhairie thanked Ung and other donors for the aid, especially when they were making preparations to celebrate Hari Raya Aidilfitri.

The children been supporting themselves since their parents' death in 2008 and last May......

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Tanpa Nama berkata...

Selatan Thailand sering bergolak akibat adanya fahaman ekstreme dalam kalangan umat Islam sendiri yang dibawa oleh Syiah. Sebab itu ramai guru agama, imam, bilal, guru sekolah pondok dan kaum keluarga mereka yang berfahaman ahlul sunnah wal jamaah terbunuh.

Kerajaan Thailand sengaja membiarkan keadaan ini berlaku agar ekonomi umat Islam diwilayah ini tak maju.

Cari Blog Ini

Translate