Pengikut Blog Panglima

11 Ogos 2013

Pak Lah Bukan Penulis Buku Awakening Kata Lokman Noor Adam

SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam menegaskan buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebaliknya ia hanyalah hasil tulisan dua ahli akademik, Bridget Welsh dan James UH Chin dalam satu temu bual.

Lokman turut mendedahkan, penyebaran mesej berantai yang mengaitkan Pak Lah menjemput Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan buku tersebut adalah tidak benar.

"Jemputan itu datangnya daripada penerbit dan pemilik buku terbabit yang terkenal dengan penulisan yang lebih condong untuk memburuk-burukkan kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN.

"Malah buku tersebut bukan buku yang ditulis Pak Lah sebaliknya ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

"Memang Pak Lah subjek penulisan buku tersebut, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

"Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit," katanya yang dipetik daripada kenyataan ringkas beliau, hari ini.

Sementara itu, status buku kontroversi terbabit turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam sebagai bukan tulisan Pak Lah sebaliknya ia adalah koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Nik Nazmi yang juga merupakan salah seorang penyumbang artikel di dalam buku tersebut berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

"Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemu bual sendiri beliau.

"Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana," katanya.-http://www.sinarharian.com.my/rencana/pak-lah-hanya-diwawancara-tapi-tak-tulis-buku-1.191049
http://mediashahalam.blogspot.com/2013/08/pak-lah-tak-tulis-buku-lokman-noor-adam.html


Sent from my iPhone
Catat Ulasan