Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Ogos 2013

Pengguna Jalan Raya Dari Kelantan Dinasihat Guna Jalan Pantai Di Terengganu Balik KL




BESUT, 15 Ogos (Bernama) -- Pengguna jalan raya dari Kelantan yang melalui Terengganu untuk ke Kuala Lumpur atau selatan tanah air dinasihatkan supaya menggunakan jalan pantai bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku mulai esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk ke Kuala Lumpur diminta menggunakan laluan pantai dari Bachok ke Semerak sebelum ke Kuala Besut/Kampung Raja dan terus ke daerah Setiu melalui Tembila untuk ke Kampung Gemuruh dari Kampung Nyatuh.

Katanya, pengguna dari Kota Baharu ke Pasir Putih pula diminta melalui Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) Bukit Puteri dari Kampung Seberang Jerteh sebelum ke bulatan Kampung Lampu dan ke Kampung Raja sebelum ke Setiu.

"Kerjasama pengguna supaya tidak melalui bandar Jerteh amat dialu-alukan kerana kesempitan laluan boleh menyebabkan kesesakan yang teruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Zainy berkata ribuan kenderaan dari Kelantan dijangka mula bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur dan Johor mulai malam ini yang boleh mengundang kesesakan lalu lintas sekiranya mereka melalui laluan bandar Jerteh.

Katanya, pengguna diminta mematuhi arahan polis trafik bagi memandu arahan laluan kepada mereka mulai malam ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate