Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 September 2013

Ahli Parlimen PKR Biadap di Parlimen Langgar Peraturan Dan Hina @PDRMSia

Dua insiden dalam dan di luar Dewan Rakyat pagi Rabu menunjukkan sikap ahli Parlimen pembangkang masih ditakuk lama sedangkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika awal sidang Penggal ke 13 sudah meminta ahli-ahli parlimen 'Ini Kalilah'..berubah demi kebaikan semua dan menjaga integriti Dewan Rakyat.

Insiden sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan persidangan jam 10 pagi dicetuskan ahli parlimen PKR, Padang Serai N. Surendran apabila melangar peraturan mesyuarat dengan mengemukan usul rayuan berhubung kematian P.Karuna Nithi dalam tahan polis pada awal Jun lalu.

Pandikar Amin menegur Naib Presiden PKR supaya membawa usul berkenaan selepas selesai sessi soal jawab namun ahli parlimen itu terus mendesak perkara itu disegerakan .

Beliau mempertikai Speaker malah mendakwa mengamalkan undang-undang 'koboi'.

Selepas mendapati Surendran terus berkeras, Pandikar Amin mengarahkan  ahli parlimen itu keluar dan meminta bentara mengiringinya keluar.

Bagaimanapun, sekali lagi Surendran mencetuskan ketegangan di lobi parlimen – tempat eksklusif untuk ahli parlimen mengadakan sidang media dengan melanggar peraturan tersebut apabila membawa keluarga individu yang didakwa mati dalam tahanan polis ke tempat sidang media.

Beliau berkeras untuk membawa masuk keluarga P. Karuna Nithi individu yang mati dalam tahanan di Negeri Sembilan dan apabila ditegah pihak keselamatan Parlimen, mereka dimarahi dan dikasari keluarga berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, abang si mati turut mengangkat gambar si mati dan menjerit-jerit di lokasi sidang media ahli Parlimen "polis dah bunuh adik saya!"

Baca selanjutnya

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dua-insiden-memalukan-ahli-parlimen-pkr.html

1 ulasan:

Ismail bin Omar berkata...

Kenapa asytik nak bela orang India saja? Polis Melayu yang mati akibat dihentak kepalanya dengan batu tak nak bela ke?

Cari Blog Ini

Translate