Pengikut Blog Panglima

14 September 2013

#OPSCANTAS: 15,000 MELAYU vs 3,000 India Ditahan - Mana Lebih Ramai ? @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Kuala Lumpur, 14 Sept - Dakwaan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Cantas Khas dengan menyasarkan kaum tertentu adalah dakwaan jahat dan tidak berasas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu tidak benar kerana statistik membuktikan bahawa tangkapan tertinggi sepanjang Op Cantas Khas adalah daripada kalangan bangsa Melayu.

"Kita telah tangkap paling ramai Melayu iaitu 15,000 orang berbanding bangsa India sekurang-kurangnnya 3,000...adakah itu rasis? Jangan buat tuduhan kata kita rasis kerana ia tuduhan yang jahat.

"Kita jalankan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang yang ada dan kita 'colour blind'. Dalam kes di Melaka polis berjaya menembak mati dua suspek, kita bertindak demikian kerana suspek bertindak ganas, tidak mungkin kita akan berpantun dahulu dengan suspek sebelum bertindak," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan inisiatif 'National Blue Ocean Strategy: Go To Safety Points' dekat sini, hari ini.

Khalid berkata berdasarkan tangkapan yang dibuat dalam Op Cantas Khas di seluruh negara, sekurang-kurangnnya 130 orang akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Pertubuhan 1966.

"Sebanyak 50 orang akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi tangkapan lain, tangkapan yang akan kita tuduh mengikut pelbagai lagi kesalahan jenayah lain.

"Bagaimanapun, kita masih belum berpuas hati dengan apa yang diperoleh dalam operasi ini selagi jenayah masih ada... inisiatif ini dan pelbagai lagi inisiatif dalam memerangi jenayah akan dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata dalam meneruskan inisiatif Ops Cantas Khas yang dijalankan sejak Ogos lepas, usaha terus dipertingkat bagi mengesan 'kepala' kumpulan kongsi gelap ini seterusnya mengambil tindakan berdasarkan apa jua peruntukan undang-undang termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.

Op Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lalu menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 Sept lepas. - BERNAMA

http://theflyingkick.blogspot.com/2013/09/ops-cantas-15000-melayu-ditangkap-wajar.html

Catat Ulasan