Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Oktober 2013

#PRKSgLimau : Mahfuz Enggan Ulas Isu Doa Bapa Jamil Khir

Nampaknya satu demi satu kesilapan dilakukan oleh jentera PAS. Dengan menggunakan gambar Bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa semasa ziarah beliau.

Namun ia dinafikan Bapa beliau yang memberi tamparan hebat kepada PAS akibat propaganda yang tidak benar dimainkan.

Baca artikel panglima sebelum ini tentang penafian Bapa Menteri di Jabatan Menteri tersebut.

Hari ini juga akhbar menyiarkan gambar super imposed melibatkan calon PAS dengan arwah Tan Sri Azizan.

Lihat video Mahfuz Omar di bawah tentang isu gambar super imposed yang digunakan.

Nampak jelas kegagalan beliau menjawab dengan menyakinkan tentang gambar yang digunakan demi memujuk penyokong Tan Sri Azizan yang menunggu masa meluahkan kemarahan mereka dalam kotak undi 4 hb Nov nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=VB-ODKTG_sA&feature=youtube_gdata_player

28 Oktober 2013

BANNER Calon PAS disokong Puak Syiah di #PRKSgLIMAU

Nampaknya Syiah semakin menampakkan belangnya di Sg Limau.

Apa lagi rakyat Sg Limau mahu?

Jangan biarkan parti didokong dan menyokong Syiah ini menang.

Moga Allah selamatkan Malaysia dari Syiah Wahabi Liberal dll.

@Khalid_Ibrahim Dihentam @Anwaribrahim Demi @AzminAli - Berita @Bernamadotcom


Gambar dipaparkan bukan dari BERNAMA - harap maklum


SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak desas-desus bahawa jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor bakal diambil alih oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Malah beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai 'asam garam dalam dunia politik'.

"Tidak mengapa... saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. I sangat realistik kerana saya dari sektor korporat dan apa yang penting ialah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Our Environment Our Health' di sini Ahad.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad melaporkan wujudnya desas-desus bahawa Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.



Abdul Khalid turut dikritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.

Mengulas kritikan itu, Abdul Khalid berkata sebagai pemimpin, beliau harus berhati-hati dan berdisiplin dalam menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan pentadbiran di Selangor berjalan lancar.

"Sebab itu saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terhad dalam bidang korporat untuk diterjemah ke dalam operasi negeri.

"Apapun saya berpendapat orang ramai harus mengkritik dan kita harus benarkan kritikan kerana dari kritikan itu, kita akan belajar untuk jadi lebih baik," katanya.




Menyentuh tindakan beberapa pihak dalam PKR yang dikatakan membuka akaun khas di laman sosial bagi mengkritik kepimpinan dan 'membunuh' karakter beliau, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak boleh dihalang kerana dalam kemajuan teknologi masa kini, masyarakat bebas mengutarakan pendapat masing-masing.

"Tidak mengapalah... baik dan buruknya perkara ini ialah kita sekarang lebih terbuka memandangkan kita ada Facebook dan Twitter, dan perkara ini sama di negara lain juga. Kita tidak boleh halang tetapi akhirnya nanti masyarakat yang akan putuskan mana baik dan buruk," katanya. - BERNAMA



Wajah Pengawal Syarikat Kawalan Prima Tembak Pegawai AMBANK - Lengkap Bersenjata & Facebook Beliau

inilah wajah suspek pembunuh pegawai AMBANK 



baca selanjutnya 


Setakat ini POLIS mengesahkan suspek masih belum ditahan dan berada dalam negara.



Facebook beliau 


baca selanjutnya :



Kita harap suspek akan dapat ditahan dengan segera.... 



Kita juga sangat berharap kawalan keselamatan di Bank tidak diberi kepada syarikat keselamatan dan diamanahkan kepada Polis Bantuan atau PDRM atau Tentera demi kebaikan semua.

Meskipun sudah ditamatkan perkhidmatan namun syarikat yang lain juga perlu diperiksa serta merta dan tindakan yang tegas diambil tanpa sebarang kompromi.


dalam hal ini cap jari biometrik patut dilakukan untuk mengenal pasti kad pengenalan asli atau tidak di kalangan pengawal keselamatan sedia ada.

baca kes pengawal keselamatan yang tidak diteliti pengambilannya dengan menggunakan IC palsu di Utusan Malaysia hari ini

WAJIB SEBAR DEMI HALANG LGBT DI MALAYSIA : MEMORANDUM TOLAK COMANGO PRO PR



22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H
Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGOMalaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

27 Oktober 2013

Video Temuramah Dengan Bapa Jamil Khir Nafikan Fitnah Jahat Mahfoz Omar #PRKSgLimau

Di bawah adalah video dan penjelasan Haji Baharom : 



Haji Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan 'bahan kempen' untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

"Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus," ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Baca selanjutnya :



Sent from my iPhone

5 Video Suara Kecewa Rakyat Sg Limau #PRKSgLimau Untuk Disebar

Senarai video interview masyarakat sg.limau

1. Lima Tahun PAS Teraju Sg Limau, Masyarakat Miskin Dipinggir
http://www.youtube.com/watch?v=RW28zzn4U9I

2. Warga OKU Sungai Limau Minta Perhatian Wakil Rakyat
http://www.youtube.com/watch?v=fW2YhFY9-Ko

3. PRK Sungai Limau : Petani Pasrah Janji Tidak Ditunai
http://www.youtube.com/watch?v=4gadGMWPROY

4. PRK Sungai Limau: Penduduk Kecewa Bantuan Kerajaan Tidak Sampai
http://www.youtube.com/watch?v=RW28zzn4U9I

5. PRK Sungai Limau: Bantuan Dinafikan Kerana Bukan Kroni
http://m.youtube.com/watch?v=DIq5Oau47YI

Usaha terbaru PAS ialah dengan mengaitkan TPM dengan kenyataan kononnya menghina Tan Sri Azizan untuk memisahkan hubungan baik yang terjalib antara BN dan beliau sebelum ini.

Harap pengundi sudah jelas menyaksikan putar belit PAS yang hanya pandai memusing fakta untuk diri bukan memperjuangkan fakta demi kebenaran Ilahi.

Watch "Kempen Barisan Nasional BN Positif Di Sungai Limau - @MuhyiddinYassin " on YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=i4TTiywfEOM&feature=youtube_gdata_player

GST tidak akan jejas peluang BN tawan Sungai Limau - @MuhyiddinYassin | Astro Awani

YAN: Kerajaan yakin penduduk Sungai Limau tidak akan termakan dakyah keburukkan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang kini menjadi bahan kempen parti PAS untuk meraih undi dalam Pilihan Raya DUN Sungai Limau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebanyakkan pengundi di DUN Sungai Limau merupakan golongan berpendapatan rendah dan tidak akan terjejas dengan pelaksanaan GST, kerana sistem cukai itu tidak dikenakan kepada barangan asas.

"Saya percaya rakyat tidak akan termakan dengan apa dakyah negatif yang hendak dibawa oleh pihak pembangkang mengenai GST yang disebutkan oleh Perdana Menteri (PM) pada pembentangan Bajet 2014 semalam kerana mereka juga sebagai ahli politik pun faham dimana akan sampai waktu dan ketikanya, GST akan dilakukan juga," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan di Kompleks Pertubuhan Peladang, Bukit Besar pada hari Sabtu.

Tambah beliau lagi, GST merupakan suatu sistem percukaian yang efisyen dan cekap dan telah terbukti di lebih 160 buah negara termasuk dikalangan negara-negara Asia.

"Pasti juga mereka ada pertimbangan kenapa mereka harus berubah dari sistem lama kepada GST kerana inilah pendekatan yang paling baik dan mempunyai impak dari segi meneruskan dasar fiskal dan mengukuhkan ekonomi negara dan Malaysia tidak boleh terkecuali dalam hal ini," katanya lagi.

Ura-ura untuk perlaksanaan GST ini sudah lama dicanangkan sejak tahun 2006 dan rang undang-undang pertamanya telah dibacakan tiga tahun berikutnya.

"Tetapi kerana rakyat perlukan masa, jadi kita ambil masa sedikit untuk perlaksanaannya. Semua pakar-pakar ekonomi memutuskan tindakan PM adalah satu tindakan yang bijaksana dan tepat kerana sudah sampai masanya. Lebih-lebih lagi, di waktu inflasi di Malaysia ini sangat rendah anggaran dalam dua peratus sahaja dan kedudukan ekonomi masih kukuh," kata Muhyiddin.

"Walaupun PAS akan gunakan itu sebagai modal berkempen dan rakyat umumnya mungkin tidak akan memahami secara terperinci apa maksud GST kerana selama ini pun mereka tidak tahu apa itu cukai dan sebahagian besar mereka hanya bayar macam biasa. Tidak tahu mereka itu membayar cukai jualan dan perkhidmatan, namun sistem itu tidak boleh lagi digunapakai," kata Muhyiddin lagi.

Sistem tersebut tidak memberi gambaran ekonomi negara ini berpandangan jauh.

"Ahli PAS kena faham, kecuali jikalau mereka tidak pakar ekonomi, bahawa penting untuk mengukuhkan ekonomi kita. Apa maknanya kita ada satu dasar namun pada jangka panjangnya pihak pakar ekonomi dalam negara dan antarabangsa melihat dasar polisi yang ada ini tidak meyakinkan," katanya.

Perlaksanaan cukai GST akan dimulakan pada 1 April 2015.

Himpunan yang menarik ribuan petani, penternak dan nelayan dari seluruh negeri Kedah itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Mat Lazim.

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 26, 2013 20:52 (MYT)
Tag: Sungai Limau, GST, PAS, Muhyiddin Yassin

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gst-tidak-akan-jejas-peluang-bn-tawan-sungai-limau-muhyiddin-24578?cp


Sent from my Sony Xperia™ smartphone

26 Oktober 2013

Senarai 54 NGO Termasuk Sister in Islam dan Majlis Peguam Yang Sokong COMANGO Perjuang LGBT Peringkat Antarabangsa


Panglima : point penting dari keterangan di bawah ialah :

1. Sebahagian besar NGO sokong COMANGO adalah NGO yang sama menggerakkan BERSIH yang pro pembangkang.
2. NGO yang disenarai juga dibiayai dana asing luar negara.
3. NGO yang disenarai juga pejuang LGBT dan hak asasi acuan Barat.
4. NGO Majlis Peguam no 4 dan Sister in Islam no 45 adalah NGO paling lantang pertikai isu agama Islam seperti membela wanita berzina http://belantan.blogspot.com/2010/02/harussani-bidas-sisters-in-islam.html 
selain mempertikai tindakan polis terhadap penjenayah seperti kes Kugan http://www.mykmu.net/?p=1893
5. Majlis Peguam yang diberi 2 juta setahun  oleh Kerajaan dibidas kerana anti kerajaan http://www.sinarharian.com.my/politik/majlis-peguam-dibidas-bersikap-anti-kerajaan-1.205215?localLinksEnabled=false

6. Ada 6 perkara pokok dalam tuntutan COMANGO sangat berbahaya kepada Islam seperti poster di bawah.




Baca artikel AIDC di bawah :


AIDCNews – 24/10/13 – 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR) adalah seperti berikut :
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
2. Christian Federation Malaysia (CFM)
3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),
4. The Malaysian Bar Council
5. Seksualiti Merdeka,
6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem),
7. Centre for Independent Journalism (CIJ),
8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer),
9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC),
10. All Women‟s Action Society (AWAM),
11. Amnesty International Malaysia (AIM),
12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL),
13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA),
14. Childline Malaysia,
15. Community Action Network (CAN),
16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS),
17. Dignity International,
18. Foreign Spouses Support Group,
19. Good Shepherd Welfare Centre,
20. Health Equity Initiatives,
21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM),
22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
23. Justice For Sisters (transgender),
24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS),
25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS),
26. KLSCAH Civil Rights Committee,
27. Land Empowerment Animals People (LEAP),
28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET),
29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI),
30. Malaysian Physicians for Social Responsibility,
31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),
32. Migration Working Group (MWG),
33. Indigenous and Peasant Movement Sarawak (PANGGAU),
34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS),
35. Protect and Save the Children (PS The Children),
36. PT Foundation,
37. People’s Service Organisation (PSO),
38. Perak Women for Women Society,
39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT),
40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur,
41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS),
42. Rainbow Genders Society,
43. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO),
44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS),
45. SIS Forum (Malaysia) Bhd/Sisters in Islam (SIS),
46. Tenaganita,
47. Voice of the Children (VOC),
48. Writers Alliance for Media Independence (WAMI),
49. Women’s Aid Organisation (WAO),
50. Women’s Centre for Change, Penang (WCC),
51. Yayasan Chow Kit,
52. Young Buddhist Association,
53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section
54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM).
Daripada 54 NGO itu, suara paling dominan adalah dari kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang bernaung di bawah SOGI (Coalition of Sexual Orientation and Gender Identity).
Menurut laman wao.org.my NGO-NGO yang bernaung di bawah SOGI seperti Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Seksualiti Merdeka, Justice for Sisters dan PT Foundation menuntut hak kebebasan berpesatuan, berhimpun dan menyuarakan pendapat.
Dominasi kumpulan LGBT dalam COMANGO kerana mendapat sokongan padu daripada kesemua NGO-NGO hak asasi terutamanya, SUARAM, EMPOWER dan Bar Council Malaysia.
Selain itu, terdapat juga kumpulan feminisme (hak-hak wanita), agama, media, orang asli, migrasi dan kanak-kanak yang kesemuanya berkaitan dengan hak asasi.
Banyak juga NGO yang disenaraikan di atas menjalankan operasi secara haram dan tidak berdaftar dengan ROS (Pejabat Pendaftar Pertubuhan), misalnya SUARAM, DEMA dan Seksualiti Merdeka.
Namun, majoriti NGO COMANGO itu adalah NGO yang sama yang menggerakkan BERSIH pimpinan bekas Presiden Bar Council Malaysia, Datuk S Ambiga dan Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin Abdullah.

Maria Chin Abdullah (dua dari kiri) salah seorang tulang belakang utama COMANGO
Sebuah yayasan dana yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), NED (National Endowment for Democracy) dalam laporan menyebut beberapa NGO di Malaysia telah menerima tajaannya untuk beroperasi di Malaysia sejak dari tahun 2005.
NGO-NGO itu antaranya adalah SUARAM, CIJ (Centre for Independent Journalism) dan Seacem (Southeast Asia Centre for E-Media) yang merupakan antara tulang belakang NGO COMANGO tersebut.



TPM @MuhyiddinYassin Sahkan Beri Bantuan Kepada Penyokong PAS di #PRKSGLIMAU hadapan MB @MukhrizMahathir

TPM Umum Peruntukan RM3 Juta Untuk Asrama SMA Nahdzah Bukit Besar

YAN, 26 Okt – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi pembinaan asrama dan dewan Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini.
Muhyiddin berkata peruntukan ini boleh dianggap sebahagian daripada peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
tpm-muhyiddin-pelajar-maahad-tahfiz-sekolah-agama-pondok-kempen-pilihanraya-prk-sungai-limau-masjid-surau-zuhur
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata beliau melihat pembangunan sekolah agama di Kedah amat istimewa dalam mempertingkatkan pendidikan Islam di mana di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sahaja terdapat banyak sekolah-sekolah pondok.
“Ini semua dibangunkan dengan kegigihan pimpinan Islam,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Asar di Pondok Moden Nahdzah, Bukit Besar, dekat sini.
Untuk rekod, calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat merupakan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama Nahdzah sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau, 4 Nov ini.
Muhyiddin berkata sudah menjadi dasar Kementerian Pendidikan, bahawa bantuan diberikan kepada semua sekolah agama tanpa mengira warga sekolah itu penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS.
“Soal utama sekarang adalah pembangunan Islam itu sendiri. Waktu saya nak beri bantuan, ada yang tegur, yang terima bantuan itu adalah orang PAS, bukan orang Umno. Saya cakap tidak apa.
“Saya sendiri ada berbincang dengan Perdana Menteri dan saya maklumkan bahawa Sekolah Agama Rakyat ini banyak yang ikut sistem kita (kebangsaan). Mereka ada ko-kurikulum khusus. Ma’had Tahfiz kini pun ada gabungan dengan sistem akademik,” katanya.
Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Sekolah Menengah Agama, Nahdzah Nasir Othman.
Muhyiddin kemudian berlepas pulang setelah mengadakan lawatan kerja hampir sehari di DUN Sungai Limau.


Panglima ucapkan syabas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri atas kematangan politik beliau. 

Ia pasti akan menyentuh hati rakyat yang akan nampak bagaimana ikhlasnya Kerajaan untuk memastikan pendidikan anak bangsa akan berhasil mencapai matlamatnya. 

Kejujuran dan kebenaran akan mengatasi fitnah dan propaganda pembangkang bukan sebaliknya.

GAMBAR-GAMBAR MESRA MB KELANTAN DENGAN TS ANNUAR MUSA THE RED WARRIOR SEMALAM




Baguslah macam ni. Saling bantu membantu untuk kebaikan rakyat.

MB KELANTAN yang baru jauh beza walau dia tidak digelar Tok Guru. Sebagai anak tok guru sepatutnya beliau lebih layak digelar sedemikian.

Namun akhlak itu lebih utama dan hari ini hubungan Kelantan dengan Pusat makin mesra.

Sebagai MB pilihan Sultan Muhammad V sudah tentu tidak ada pihak yang akan cuba menjatuhkannya. Seperti tindakan bekas Exco Kanan Kelantan Datuk Paduka Hj Husam Musa yang gigih mengkritik Kerajaan Negeri sekarang selepas beliau tidak lagi berkuasa akibat perbuatannya sendiri.

Jangan kerana politik kita bergaduh hingga lemah semangat, imej dan jiwa Islam.

DOA KITA AGAR kedua parti Islam ini akan dapat bersama-sama demi masa depan Islam di negara kita.


Sent from my Sony Xperia™ smartphone



Watch "Propaganda PAS Konon Bapa Jamil Khir doakan Ustaz Azam menang" on YouTube #PRKSgLimau

https://www.youtube.com/watch?v=0AVJGHNEPQ8&feature=youtube_gdata_player

Perhatikanlah hanya sebelah tangan diangkat oleh Hj Baharom Ayah Datuk Seri Jamil Khir.

Perhatikanlah juga bukan hanya kali ini PAS menipu kita melalui lidah rasmi mereka Harakahdaily.

Perhatikan muka Mahfoz Omar yang jika anda berilmu tentu nampak adakah benar atau tidak kenyataan beliau mengaitkan Ayah Jamil Khir doa calon PAS.

Pilih BN rakyat senang negeri aman hati tenang.

Program 2 Hari @ Sg Limau Dirasmi @MukhrizMahathir bersama @ahmadmaslan 4 Petang Ini #PRKSgLimau

Mohon sebarkan dan bersama memeriahkannya.

Penyokong PAS Pro Azizan kena pastikan penentang arwah akan tersungkur kali ini.

INGAT KEMBALI BAGAIMANA SABOTAJ ANWARINAS MENGGONCANGKAN KERAJAAN KEDAH YANG BERANI MENOLAK BUKU JINGGA DAN PLURALISME PR.

BN menang rakyat senang negara aman!

25 Oktober 2013

##PRKSGLimau : AYAH JAMIL KHIR AHLI PAS DOA KEMENANGAN PAS?

Sebenarnya gambar doa menziarahi orang sakit dikatakan doa untuk PAS.

Inilah putar belit yang cuba dikenakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dan digunakan dalam kempen PRK Sg Limau.

Harap pengundi PAS jangan mudah percaya propaganda murahan sebegini.

Kekalkan kepercayaan anda bahawa hanya BN yang boleh membantu rakyat bukan parti lain nama PAS atau Pakatan Rakyat.

BN HAS A GOOD START WITH MUKHRIZ’S UNTARNISHED IMAGE



Its 'war' and it is going to be 'hell' for PAS in defending the Sungai Limau state seat from Barisan Nasional (BN), a seat which the Islamic party has held for the past five terms, since 1995.


It is not that BN is getting stronger or BN is going to attack PAS stronghold like the Allied Forces landed in Normandy beach that ended the Second World War but it is worse than that – the party internal conflict.




The Sungai Limau by-election saw a straight fight between PAS candidate Mohd Azam Abd Samat and BN's DrSohaimi Lazim, the former a 37-year old private religious school administrator and the latter a 52-year old educational academician.


Putting age aside, both are locals and both are known to the most of the 27,222 voters in the constituency where the landscape is flat with padi fields and the environment is quiet and serene.


With the quietness and stillness now broken into a hive of activities, not havoc though, the constituency is like a 'war zone' where one can see houses and huts covered with banners and flags of both rivals of the political divide.




The voters are also split into two – where the late DatukSeri Azizan Abdul Razak of PAS and Mentri Besar – won only 2,774 votes majority, considered as nothing great comparing the voters totaling 27,222, where in 2008 general election PAS gained a majority of 3,212 votes.


In reality, the political war is about winning the hearts and minds of the voters, who were of Islamic mindset and changes through times where the reality of life sets in – daily bread and butter issues in accordance to the rising cost of living.




PAS influence have dwindled although the party has held the constituency for the last five terms given the majority the late Azizan gained was not high and BN's concept of religion and economy goes hand-in-hand.

But that is not exactly what PAS fear most in SungaiLimau, it is the internal conflict between three groups that may dampened or probably bring down the party on polling day fixed on Nov 4.


Vengeance and backstabbing because of power had led the former PAS state government to fall and this time around the same thing will drag PAS down.


The power struggle is between PAS state commissionerDatuk Mahfuz Omar, Datuk Phahrori and the late Azizan'sfollowers, the latter who wanted Aziza's son to be the candidate but was pushed aside.


Despite the appearances of the whole party leadership headed by president Datuk Abdul Hadi Awang this morning at the nomination centre, the undercurrent friction still exist and will continue to undermind the party campaign.




For BN, today's show of force is considered as miraculous as all the leaders present seemed sincere and honest, especially when the party had just concluded its poll whereMentri Besar Mukhriz Dr Mahathir finished just a breath away to unseat incumbent vice-president Datuk DeriHishammuddin Hussein.


Wanita chief Datuk Shahrizat Abdul Jalil were here the last two days planning the wooing of voters strategy, the job she is famed with as proven by the success in KualaBesut by-election in Terengganu.


As usual, Wanita Umno's job is the most tedious and most important as Shahrizat will head the 'kepala 10' team where each team leader is responsible for every 10 voters – daily monitoring of where the voters' inclinations go.


It maybe a uphill task for BN given the voters' profile and background but with the new Mentri Besar datuk MukhrizDr Mahathir's leadership as director of operation, the work may get simpler and easier.


Mukhriz's untarnished image and credibility may be a good start for BN in the next 12 days campaign trail.


Sungai Limau is the second by-election since the conclusion of the May 5 general election where the first by-election was held in Kuala Besut, Terengganu after BN's Dr A Rahman Mokhtar died on June 26.


BN succeeded in retaining the seat in a hot battle.

 



Sent from my iPhone

24 Oktober 2013

Fahami Isu COMANGO Melalui Poster Ini

MOHON sebarkan

433 Laporan Polis Dibuat Rakyat tolak Abu Chin Peng Dibawa Pulang - Ahmad @Zahid_Hamidi | Official website

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Tindakan kerajaan menghalang abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM) dibawa masuk ke negara ini adalah tepat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut berikutan sebanyak 433 laporan polis dibuat dalam lapan siri bantahan aman.

Beliau menegaskan, desakan beberapa pihak yang ingin membenarkan abu mayat mendiang dibawa masuk adalah atas motif politik semata-mata.

Kerajaan harus mengambil kira sentimen dan reaksi di kalangan anggota pasukan keselamatan, mangsa kezaliman komunis dan ahli keluarga mereka yang masih menebal," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanya berhubung rasional abu mendiang Chin Peng dihalang memasuki Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia dan beliau telah menerima kerakyatan Thailand dan memiliki pasport negara tersebut dengan menggunakan nama lain.

Katanya, Chin Peng dan beberapa anggota PKM telah memilih untuk tidak kembali ke Malaysia selepas Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 September 1989 walaupun peluang sepenuhnya diberikan kepada mendiang dan juga pengikutnya.

Selepas daripada tarikh 17 hingga 13 Oktober 1992, tiada sebarang berita daripada Chin Peng mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia sehinggalah beliau melalui peguamnya memohon untuk kembali ke Malaysia melalui mahkamah.

Rayuan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember 2010 kerana melanggar syarat Perjanjian Damai Hatyai," kata beliau.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_04/Tindakan-tepat-halang-bawa-masuk-abu-mayat-Chin-Peng#ixzz2ibEwfqIs




Sent from my iPhone

Watch "TrueMove H: This Amazing Commercial From Thailand Will Make You Cry" on YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=WPsYFFi9HnI&feature=youtube_gdata_player

Suspek Bunuh Pegawai AMBANK Ditahan di LCCT - Tahniah @PDRMsia

Gambar mangsa

Wajah pegawai Bank ditembak (ditanda bulat ) bersama rakan sekerja.
Berita berkenaan sudah disiarkan di sini

Menurut info dari rakan yang bekerja dengan MAB (yang belum dapat dipasti kesahihannya)  suspek sudah berjaya ditahan ketika membeli tiket di LCCT.

Jika benar maka jutaan tahniah kepada pihak POLIS yang berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan lelaki berasal dari Sabah tersebut.

Diharapkan keluarga mangsa akan bersabar dan tabah menerima ujian Allah ini.

Gambar suspek




RALAT  : INFO PDRM SAHKAN SUSPEK BELUM DITAHAN DAN HARAP PENAFIAN INI DAPAT MENJELASKAN SITUASI SEBENAR YANG SAHIH.

PENGESAHAN INI DISIAR 19  JAM YANG LALU




INILAH Wajah Suspek Bunuh Pegawai AmBank Petang Semalam DIBURU @PDRMSIA

Info kejadian :

rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya.

Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt Abu Talib u/37thn.

Beliau sudah pun bekerja selama 16 tahun dgn ambank.

Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal

Suspek nama Ardi bin Hamza unur 37 tahun beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah.

Beliau bersenjata jenis pumpgun, melepaskan sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti jebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui.

kenderaan suspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal.

Semasa kejadian seramai 5 staf termasuk suspek.

23 Oktober 2013

Watch "PRK Sungai Limau : Sekitar Sesi Penamaan Calon BN Diiringi TPM @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @MukhrizMahathir " on YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=37yX2M9obM0&feature=youtube_gdata_player

Siri 006 : Watch "Tak Mau Lagi 'Hang PAS, Aku UMNO' - Calon BN N20 #SgLimau" on YouTube

Mohon sebarkan

7 Daripada 44 Senjata PDRM Yang Hilang Ditemui - @Zahid_Hamidi

Tujuh daripada 44 senjata api milik polis yang hilang sejak 2010 hingga 2012, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2012 telah dijumpai semula, 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara punca kehilangan senjata api yang dikenalpasti ialah kereta dipecah dan
senjata api tertinggal dalam kereta.

Punca lain, diragut atau disamun, tercicir ketika menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas dan pejabat.

Secara keseluruhan kategori senjata yang hilang adalah pistol dan revolver.

Bahagian Teknologi Maklumat  PDRM katanya kini membangunkan sistem yang mengandungi submodul bagi tujuan pemantauan dan rekod kes kehilangan aset organisasi itu.

Ia dijangka beroperasi November ini. Sistem itu akan merekodkan kehilangan aset PDRM bermula daripada kehilangan sehingga peringkat tindakan diambil ke atas anggota terbabit.

Ia membolehkan semua kes kehilangan aset PDRM akan diketahui dengan mudah oleh urus setia pengurusan terbabit. Polis juga  mempunyai prosedur untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasat, yang turut memberi syor bagi mengelak kejadian sama berulang.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/7_Daripada_44_Senjata_PDRM_Yang_Hilang_Ditemui.html

Cari Blog Ini

Translate