Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2013

Berita Harian: Siti Aishah Abdul Wahab dikehendaki polis kerana aktiviti komunis: KPN @KBAB51



KUALA LUMPUR: Siti Aishah Abdul Wahab yang dijadikan hamba 30 tahun di Lamberth, London dikehendaki polis pada 1970-an kerana aktiviti komunis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, polis gagal menjejakinya selepas dipercayai melarikan diri ke London, England.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di PULAPOL, di sini, sebentar tadi.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.

Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.

Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.

Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate