Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 November 2013

DaulatTuanku !!! Sultan Selangor titah hentikan serta-merta penggunaan kalimah Allah dalam Bible, The Herald..

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible dan juga penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais, baginda menyeru rakyat untuk patuh terhadap keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung isu tuntutan penganut agama Kristian terhadap kalimah Allah.

Titah ini menurut baginda terpakai untuk semua termasuk yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam di negeri ini.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 November 2013 telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat di negeri Selangor khasnya, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

"Ini sepertimana yang diperuntukkan di dalam jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1998 yang telah diwartakan pada 7 Julai 1998," menurut kenyataan media tersebut.

Baginda turut bertegas bahawa keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam dengan penganut agama lain serta mengelakkan pertelingkahan kaum yang boleh membawa kemudaratan kepada semua.

Baginda Sultan turut menasihatkan semua pihak untuk menghentikan penggunaan isu kalimah Allah ini sebagai agenda politik yang nyata mencemar kesucian kalimah tersebut.

"Adalah ditegaskan bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini," titah baginda lagi.

Titah kali ini adalah titah kedua baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah di Selangor dan menunjukkan ketegasan baginda dalam memelihara kesucian kalimah Allah sendiri.



Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sultan Selangor sudah....Sultan sultan dan raja raja lain bila lagi ...janganlah diam membisu.....

Cari Blog Ini

Translate