Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Februari 2009

TV3 promosi transeksual ? Adun PKR ditangkap basah ? Karpal tak jadi saman Sultan ?



Hari ini artikel saya lain sikit. Ia lebih berbentuk pengumuman atau info. Cuma sebelum info tersebut saya ada nak tulis sikit sahaja. Tentang BPN dan sedikit makluman tentangnya.

Alhamdulillah BPN sudah makin dikenali dan tiap tiap hari ada sahaja blogger baru mendaftarkan diri dengan team kita meskipun setakat ini ada juga yang terpaksa berhenti memegang jawatan BPN kerana komitmen lain yang lebih penting.

Namun alhamdulillah kita sudah dapat mencari pengganti dengan orang yang diredhai Ilahi dan demi memastikan gerakan kita ini tidak mati dan pastinya kita tidak main main buat kerja 'dakwah' kepada opposisi di alam siber ini.

Kunjungan visitor samada blogger atau pembaca dari pihak opposisi juga semakin meningkat dan saya tidak merasa terganggu dengan kehadiran mereka ke sini. Semakin ramai atau semakin sedikit tidak menjadi faktor penentu kejayaan kita kerana tugas kita hanya MENYAMPAIKAN dan kepada Allah kita serahkan status kejayaan / kegagalan perjuangan.

Ingatan saya kepada sahabat baru atau lama dalam BPN agar memastikan senarai Blogger BPN disiar di blog anda. Sila rujuk senarai lengkap di blog saya dan tekan 'show all' untuk melihat semua senarai yang telah dimasukkan atau yang telah 'dibuang'

Saya sangat sangat berharap agar ruang sedikit dan mudah dilihat dapat diberikan kepada blogger bpn kita yang masih baru dalam bidang blogging ini kerana mereka tentu memerlukan sokongan dari senior yang sudah berpengalaman.Begitu juga jika ada list tersebut senanglah sasaran 'dakwah' kita iaitu rakyat jelata untuk mendapat info yang terkini yang diulas oleh ahli yang boleh diakses dan diketahui dengan mudah dari mana mana blog yang berlogokan BPN yang pasti mempunyai list RSS tersebut...

Konsep ini akan mewujudkan rasa persaudaraan dan kekitaan yang mantap yang boleh digunakan bagi membentengi kita dari perpecahana atau kelemahan. 

Kerana setiap kebaikan tentu dibalas sepuluh kali ganda oleh Allah Robbul Alamin..

Selain itu Insya Allah BPN akan membuat perjumpaan sesama ahli dan terlebih dahulu untuk proses suai kenal, setiap blogger perlulah meletakkan email mereka di blog masing masing bagi memastikan individu yang berChatting melalui YM dengan saya adalah blogger sebenar bukan orang sebaliknya.

Posisi email mestilah jelas dapat dilihat dan diletakkan pada bahagian atas blog... 

Itu sahaja rasanya dan jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dari semasa ke semasa di ruang blog saya ini..

Sekian dan salam perjuangan..




BERITA TEMPATAN

1. Nizar masih lagi berdegil mahu kekal sebagai MB..
2. Karpal sudah dipanggil bagi keterangan di Kuala Lumpur semalam.
3. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menafikan  empat   (ADUN) mereka akan lompat.
4. Perarakan membantah kenyataan biadap Karpal oleh Pemuda UMNO semalam di Shah Alam.
5. MB Kedah nafi akan bubar Dewan.
6. Mufti Perak menolak untuk terlibat secara langsung dalam politik.
7. Rumah MB Perak menjad markas Pakatan Rakyat.
8. UMNO Bukit Gantang mahu calon dari kalangan anak tempatan.
9. Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu dinafi masuk hospital baru baru ini..
10. UMNO minta kerusi Bukit Selambau selepas 14 tahun dipegang oleh MIC.



BERITA/ARTIKEL MENARIK BLOGGER BPN


1. Karpal tidak jadi saman Sultan ?
2. Kediaman rasmi MB jadi rebutan
3. Taarif eletrik turun
4. Adun PKR ditangkap basah 
5. Konsep Syukur 
6. Keadaan gawat di Kedah dan Selangor
7. Pas suku PKR sakat DAP bangsat
8. Tv3 prmosi Transeksual ?


Link link yang perlu diambil perhatian :

- kenapa kenyataan media PR hanya ditandatangi oleh Lim Kit Siang dan Nasarudin Mat isa ? mana Hj Hadi ? mana tandatangan karpal selaku Pengerusi DAP ?

 lihat blog zulkifli nordin ni..bukankah ini tanda pakatan rakyat dah nak karam ?


- siapa free dptlah tolong jawab komen pembangkang di artikel ini 


- ahli baru bpn sila ziarah dan bagi komen http://puterinafisah.blogspot.com/ 

- apa ke hal RPK suruh 3 pemimpin dewata PR letak jawatan ? satu lagi episod utk tutup kemarahan rakyat? 


9 ulasan:

Tai berkata...

Ha encik, ada lagikah blog BPN yang saya tak list, nanti hantaq kat YM.

Ok kes tv3 tu, ramai-ramai BPN hantar mail kat tv3 lah. Ini pun kerja kita jugak.

Kes Selangor, Khalid kata hari ni nak jumpa semua adun termasuk Badrul Hisham yang dikategorikan hilang.

Muhammad Hafizzuddin berkata...

saya cadangkan agr blogger bpn terangkan isu rampasan suara keadilan dan harakah. ini dijangka menjadi isu menagih simpati di bukit gantang dan bukit selembau kelak. jadi sebelum rakyat terus ditipu pakatan rakyat, bpn tolong buat pendedahan bagi isu ini

singamaraja berkata...

Auuum !

Bikin mana yang terbaik, TY3 ini suka buat provokasi jahanam kamu !

Cheguman berkata...

Salam Panglima,
Tahniah, usaha Panglima semakin menampakkan hasil. Maaf kerana saya belum sempat kemaskini senarai ahli BPN sejak waadat bertukar wajah. Sejak akhir-akhir ini saya semakin kerap berada di luar kawasan. Ramai sahabat di luar yang mula memberikan perhatian terhadap kehadiran BPN di persada politik dan juga dakwah.

Tanpa Nama berkata...

BRO and other BPN... Please 'take care' of this girl. Mungkin letakkan dia sebagai orang kedua menerima laporan polis terbanyak? Or dia punya entry cukup bersih?


http://jedyoong.com/?p=3967

Tai berkata...

Oh cina keparat yang hina sultan dan raja ni pompuankah?

Tanpa Nama berkata...

Kajian Merdeka Center menunjukkan 74% rakyat Perak bersetuju DUN Perak wajar dibubarkan. Jadi kita boleh andaikan 74% rakyat Perak adalah penderhaka. Penduduk Perak semuanya berjumlah 2.2 juta org, bermakna 1.63 juta orang adalah penderhaka!!

1.63 juta penderhaka kini sedang bermaustautin di Perak, bahaya! bahaya!!

Jika 1.63 juta penduduk Perak yg derhaka itu dibuang negeri, siapa yang akan membangunkan Perak? Perlukah di import penduduk dari Bangla, Pakistan, Indonesia dan Nepal bagi menggantikan penderhaka-penderhaka itu?

Jom pikir-pikir...

Panglima Perang Cyber berkata...

Siapa kenal Merdeka Center pro mana ????

Jangan nak temberang lah..

baca sini :

Bagaimana IRI bantu Anwar di Malaysia ?

Dua NGO yang dibantu oleh IRI di Malaysia adalah Merdeka Center (badan penyelidikan) dan MAFREL (badan pemantau pilihanraya). Kedua-dua NGO ini mempunyai kaitan rapat dengan Anwar.

MAFREL

MAFREL atau 'Malaysians for Free and Fair Elections' diketuai oleh aktivis reformasi iaitu Abd Malek Hussin.

Selain itu AJK MAFREL terdiri daripada NGO yang menentang kerajaan seperti Syed Ibrahim Syed Noh (JIM) yang memegang jawatan Timbalan MAFREL.

Abd Malek sendiri mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI sehingga mampu membayar bangunan pejabat dan tenaga pekerja serta pemantau pilihanraya. IRI sendiri mengakui melatih MAFREL dalam kursus-kursus pemantauan pilihanraya.

Sebelum ini, pernah ditulis sepintas lalu, kaitan MAFREL (Malaysia), ANFREL (Asia) dan IRI (Amerika). Baca artikel itu di sini.


tak puas lagi pegi ke laman ni :

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/bagaimana-international-republican.html?showComment=1220087760000

Tai berkata...

Encik Panglima Perang Cyber, nak tegakkan benang yang basah jugak depa ni.

Cari Blog Ini

Translate