Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2009

Edisi Manik Urai : Bukti PAS benar benar iktiraf Parti Komunis Malaya - Malaysiakini

PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan



Di bawah ini kami siarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair.


PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS.

Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair.

“Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun.

“Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?”

Pusat tersebut berkata, perjuangan PKM tidak selesai dengan Jepun, mereka juga (terus) melancarkan perjuangan bersenjata menentang British bagi merebut kemerdekaan.

Sungguhpun PKM berhasrat hendak mendirikan negara komunis – tetapi ditolak oleh orang Melayu dan Islam – adalah tidak betul menafikan sumbangan parti itu terhadap perjuangan kemerdekaan negara, katanya.

Justeru itu, pusat tersebut merasa amat penting sekali semua fakta sejarah berkaitan dengan kemerdekaan tidak tertinggal.

Perjuangan bukan saja terbatas kepada mereka yang di meja perundingan, tetapi termasuk juga dari golongan yang sanggup berkorban nyawa berjuang demi kemerdekaan, tambahnya.

“Sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tuntutan itu sudah lama bergema. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku bukan saja oleh Umno dan Perikatan.

“PKM dan parti-parti nasionalis Melayu telah mengangkat senjata menentang British. Abdullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah di kalangan pemimpin-pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.”

PKM meletakkan senjata berikutan perjanjian damai yang ditandatanginya dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Haadyai selatan Thailand.
Chin Peng, yang berada di Thailand, kini terlibat dalam satu perjuangan legal dengan kerajaan Malaysia atas tuntutannya untuk pulang ke tanahair.

Pusat penyelidikan PAS itu juga berkata bahawa sejarah telah membuktikan wujudnya parti-parti nasionalis Melayu lebih awal daripada Umno dalam perjuangan kemerdekaan.

Parti-parti tersebut adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Baris Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Se-Malaya (Mata).

Perayaan Merdeka akan lebih bererti apabila rakyat sudah mengetahui dan menerima gambaran sebenar tentang perjuangan kemerdekaan kita, katanya lagi.

Apabila ini berlaku, kerajaan tidak perlu berulang-ulang kali mengingatkan rakyat tentang perayaan Merdeka, kerana “ianya (perayaan itu) sudah menjadi milik bersama semua rakyat Malaysia”.


artikel asal: PAS: Communist party helped secure Merdeka

Komen Panglima : Malaysiakini memetik kata kata orang PAS dan ia disiarkan kembali dalam blog pro komunis di sini. http://matamin.blogspot.com/2009/07/pas-parti-komunis-bantu-capai.html
Justeru jelas sekali bahawa KOMUNIS akan diangkat menjulang ke langit jika PAS dapat memerintah samada di DUN atau PARLIMEN. Mereka benar benar menganggap komunis berjasa dalam kemerdekaan negara tanpa memperdulikan pengorbanan anggota keselamatan kita yang terkorban selama ini atau sanak saudara kita yang diseksa oleh tentera komunis semasa zaman darurat.
kepada sahabat BPN atau bukan, dedahkan dan sedarkan rakyat yang masih tidak nampak fakta dan hakikat ini.
Ayuh kita serang !!!!

11 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

PAS kalau tidak promot begitu macam mana nak dapat sokongan sedara mara komunis kat Malaysia.

PAS bukan tak tahu apa sebenarnya yang di perjuangkan PKM, tapi dia buat tak tahu je.....

xifudin berkata...

Komunis aje yang tak mahu pakai hukum Allah dan rasul.

Unknown berkata...

cukup2lah kekejaman yang dilakukan oleh PKM pd mak,ayah, datuk, nenek kita dan maybe moyang kita...dah banyak hati yg terluka..Wahai bangsaku sekelalian...Sedarlah kalian..Bangkitlah dan perangi kemasukan PKM...Jangan benarkan langsung kaki Chin Peng menjejak ke Negara ini lagi..Buruk padahnya menanti kita nanti...

semutapi berkata...

Apa yang Pas katakan bahawa komunis memainkan peranan yang agak besar dalam mengusir penjajah British dari bumi Malaysia dan memastikan kemerdekaan negara adalah kenyataan yang berdasarkan catatan sejarah. Sejarah telah mencatatkan PKM memainkan peranan besar dalam kemerdekaan negara, sejarah telah mencatatkan begitu, apa nak kata? Sejarah adalah umpama cermin, ia tidak pernah berbohong; jika itu yang sebenarnya berlaku, itulah jua yang dicatatkan oleh sejarah!

Jika anda ambil subjek sejarah dalam peperiksaan STPM atau pengajian di universiti dan menjawab soalan dengan menafikan peranan PKM dalam kemerdekaan negara, anda akan kandas dalam memberi jawapan yang tepat. Apa boleh buat, PKM benar-benar menentang British, apa boleh buat Perikatan didapati bersekongkol dengan British, apa boleh buat takdir telah tertulis begitu, apa boleh buat sejarah telah mencatatkan begitu, apa boleh buat?

Mengapa kerana politik kepartian yang sempit tergamak kita menafikan sejarah dan takdir yang telah tertulis? Sejarah adalah umpama cermin yang tidak bisa berbohong, apa yang sebenarnya tejadi, itulah yang dicatatkannya. Sebagai manusia berakal dan tidak terkongkomng dalam politik kepartian yang sempit, kita tidak sepatutnya menolak kenyataan, menolak kebenaran, hanya semata-mata kenyataan dan kebenaran itu tidak menyebelahi akal sempit kita.

Saya bukan pro-komunis. Saya benci komunis, sama bencinya saya kepada mereka yang menolak sejarah dan mengenepikan kebenaran dan realiti yang telah berlaku!

Jangan jadi pendusta kepada sesuatu yang anda tidak suka!!!

Mohammad Roslan berkata...

Salam Pang5,

Apa Khabar...tak ke Manik Urai ke?..kaum PaKatan Rakyat ini ...akan buat apa saja..bantu Gereja..bantu bela babi..bantu buat kuil...bantu buat tokong...bantu peliwat..perogol apa saja ...janjii depa inii undi depa...cukup untuk mereka. Mana ada ideologi...mcm DAP ..kata ideologi Malaysian Malaysia tapi tempat sembilih babi pun buat kecoh...sampai ADUN nak keluar ...bukankah ada juag Melayu bodoh ini bagi undi kat DAP..ada juga yang tak makan bagi undi kat dia ini...kerana alor star itu ramai CIna...dia pun jadi rasis...Malaysian Malaysia konon...Parti Pas kata Islam...cuma orang bawah Nik Ajis cakap sikit je...Kita Islam perlu perpaduan ..jangan ikut politik sangat...adauhai sampai dia kata mcm-mcm Naza...menjatuhkan air muka Naza dikhalayak ramai 25 juta...apakah dia ini ikut Islam..?.Tak payalah dengaq dakwah depa ini...kononnya nak buat negara Islam..kat Iran 99% rakyat Islam dan ikut hukum hudud pun tak terkawal..di Malysia dengan 60% nak buat Negara Islam pas..cakap mcm dah 50 tahun memerintah negara...ha..ha..buat Kelantan makmur...lepas itu kita cakap kita majukan negara ini mcm Kelantan...alasan tak majukan pasai duit mnyak tak ada...apa negeri Johor banyak dapat subsidi minyak ke? wassalam.

bulazbujamil berkata...

sbl kita terus2 mengatakan yang 'PKM' ini turut memperjuangkan kemerdekaan, ada perkara yg patut diperjelaskan terlebih dahulu iaitu 'PKM' mana yang dimaksudkan?.

1. Adakah 'PKM' pimpinan Chin Peng yang ingin menegakkan negara komunis ala China di tanah melayu, atau

2. 'PKM' yg disertai oleh org2 melayu yg terpaksa menyertai 'PKM' utk meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan selepas parti mereka diharamkan british?

ini lah persoalanny.

terang2 kita melihat terdapat 2 nawaitu yang berbeza. mgkin pelaksanaannya adalah serupa. ttp niat tetap tak sama.

Jadi utk mengatakan Chin Peng & PKM adalah pejuang kemerdekaan tidak boleh sekadar bersandarkan cakap2 politik mereka yg berkepntingan.

adalah tidak adil sama sekali kepada anggota keselamatan yang telah tercedera atau terkorban semasa menentang komunis.

chin peng sudah tua. tetapi ideologi tetap memerlukan 'rupa'. dan ideologi yg diperjuangkan ini amat berbahaya.

bungaraya berkata...

Mencuba menghalalkan pemimpin PKM sama seperti PAS mengeluarkan satu fatwa menghalalkan meminum arak kepada umat islam Malaysia.

Jumayatara berkata...

Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling dengan rapat dengan anda.

3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.


5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.



Selamat Mengundi

mohahz berkata...

Ya Allah, peliharalah kami dari bahaya fitnah. Kuatkan iman kami demi perjuangan agama-MU ya Allah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Nampaknya jika selama ini Nik Aziz suka menggambarkan orang lain seperti komunis namun akhirnya rakyat dapat melihat bagaimana perangai sebenar mereka yang tidak segan silu mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

pade doh wehhhh dok kutuk orang wahai nik aziz !!

anak harimau tentera semut berkata...

a,kum.... minta kaji sejarah yg betul kepada anda semua... jgn baca yg kat arkib negara atau buku sejarah malaysia sekolah menengah punya... tu sume tinggalan penjajah.. persoalan yg xdijawab sampai tunku dah jadi rangka ialah.. ape dia isi perjanjian LONDON???

Cari Blog Ini

Translate