Panglima baru sahaja membaca tulisan Shahbudin Husin di The Malaysian Insider bertajuk yang dimuatnaik enam jam yang lalu (kira-kira jam 11 pagi) bertajuk Peringatan kepada Zahid Hamidi: KDN bukanlah tanah subur untuk bermain politik - Shahbudin Husin
(lihat gambar bawah)
Siapakah beliau ini ? Kisah beliau menulis buku menghentam Presiden UMNO sebelum PRU13 anda boleh baca di sini http://yobtualangsekah.blogspot.com/2011/08/shahbudin-husin-penulis-buku-najib.html
Antara isi tulisan beliau yang disusuli dengan jawapan oleh panglima menggunakan tulisan tebal (bold) seperti berikut :
1. Walau apa pun alasan di sebalik dakwaan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Timbalan Presiden PAS yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, agenda politik kenapa dakwaan itu dibuat adalah paling tepat sekali.
Jawapan : Jika benar tuduhan ia bermotifkan politik kenapa baru sekarang Zahid Hamidi dedah? Sedangkan ia sesuai pada pemilihan PAS yang baru sahaja berlalu. Adakah Shahabudin tidur ke tidak tahu bila pemilihan diadakan ? isu agama / akidah jangan dipolitikkan atau dianggap tersirat dengan agenda politik. Kerana ia merentasi politik dan sepatutnya disokong oleh semua parti politik yang mahu melihat keamanan kekal di Malaysia bukan seperti di Iraq yang dilanda kemusnahan akibat perang saudara kerana beza fahaman Sunni Syiah.
Kalah 1- 0
2. Di sebalik 10 bukti yang didedahkan, tidak ada satu pun yang menjurus kepada mengancam keselamatan negara. Sejak dua penggal menjadi orang nombor dua dalam PAS, tidak pernah sekali pun aksi atau perbuatan ke arah militan yang diketuai oleh Mat Sabu dalam parti itu.
Jawapan : Lebih teruk Shahabudin tidak sedar sudah berapa banyak ucapan Mat Sabu menjurus kepada ancaman keselamatan seperti menyokong komunis Mat Indera dan juga mengetuai BERSIH sebagai pemimpin PAS ? Zahid Hamidi juga sudah dedahkan pada 30 Julai 2013 bahawa Syiah mengancam keselamatan negara tanpa menyebut nama Mat Sabu sedikitpun. Baca http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130731/dn_03/Syiah-ancam-keselamatan-negara Lebih mengejutkan markas bernilai RM24 juta telah dirancang dibina di Gombak (yang pernah menjadi markas ahli SYIAH ) namun dipindahkan ke Thailand.
(Kalah 2 - 0)
3. Sementara Zahid berbangga memberitahu Perhimpunan Agung Umno bahawa Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan Majlis Syiah Malaysia, tetapi orang yang mahu mendaftarkan pertubuhan itu tidak pula disoal atau ditahan.
Jawapan : Penguatkuasaan isu SYIAH melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri bukan di bawah KDN. Adakah waras kononnya penulis hebat ini untuk mendesak pihak KDN untuk mengambil tindakan. Sebab itu Zahid Hamidi meminta JAKIM mengambil tindakan dengan memberitahu pihaknya akan menyerahkan bukti gred A kepada pihak tersebut dalam satu kenyataan semalam. Selain itu bukankah beliau sendiri mengakui Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab berkenaan hal ehwal agama ?
baca jika anda wahai Shahbudin sudah nyanyuk dan lupa tulisan anda sendiri di sini http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/12/soalan-untuk-zahid-hamidi-bolehkah-mat.html
"Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa, ambil tindakan kepada pemimpin Pas itu," tegasnya seakan memberi arahan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama.
(Kalah 3 - 0)
4. Begitu juga dengan seorang yang bernama Abdullah Hassan yang mengaku sebagai Ketua Pertubuhan Syiah Kedah, dilihat bebas bergerak dan bangga menjaja identiti dirinya sebagai Syiah. Malah, dalam isu Mat Sabu yang dikaitkan dengan Syiah, beliau turut memberi kenyataan dengan menafikan penglibatan Timbalan Presiden PAS itu dalam fahaman Syiah.
(kalah lagi 4 - 0)
5. Begitu juga, di pusat-pusat pengajian tertentu turut dikenal pasti sebagai tempat menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tidak pernah kedengaran Zahid dan KDN bertindak? Kenapa hanya Mat Sabu yang dijadikan sasaran?
Jawapan : risikan dibuat terlebih dahulu oleh pihak KDN dan tindakan akan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama seperti berita di sini http://www.sinarharian.com.my/port-syiah-diserbu-1.206383
di mana JAIS telah mengambil tindakan bukannya KDN. Maaf jika ada pembaca mengatakan anda Shahbuddin Husin 'bahlol' bila membuat tuduhan sebegini.
(dah jadi 5 - 0)
6. Bukanlah rahsia lagi, sejak pemilihan Umno lalu lagi, tukang-tukang kempen Zahid mendendang lagu merdu ke telinga perwakilan bahawa Naib Presiden Umno itu adalah bakal Timbalan Perdana Menteri suatu hari nanti.
Jawapan : semua Naib Presiden berpeluang untuk menjadi PM bukan sahaja Zahid Hamidi. Sebelum keputusan dibuat oleh ahli UMNO berdasarkan ketentuan Allah Taala maka tidak perlu untuk meniup kemarahan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden dengan menulis sebegini.
7. KDN dalam sejarahnya tidak pernah menjamin kejayaan ahli politik yang bercita-cita tinggi, sebaliknya sentiasa menjadi tanah yang gersang dan tidak menjanjikan kejayaan untuk meningkat lebih tinggi. Kementerian itu terlihat sesuai untuk mereka yang tiada cita-cita dalam politik atau mereka yang sudah terjamin kedudukannya. Dr Mahathir berjaya mengekalkan kuasanya dan menang dalam banyak cabaran politiknya adalah kerana beliau mengetuai KDN yang mana di situlah berpusatnya kuasa melaksanakan undang-undang.
Jawapan : di sisi Allah semua perkara tidak mustahil dan di sisi manusia sesuatu yang logik juga akan mustahil dilakukan bila tiada keizinan dari Allah Taala. Adakah Shahbudin Husin lebih hebat dari Allah Taala ???
8. Tetapi suara tegasnya mulai tengelam sejak kemenangan itu. Kebelakangan ini, jarang benar suaranya kedengaran meskipun pelbagai jenis jenayah, terutama yang melibatkan pendatang asing sentiasa menghiasi dada akhbar setiap hari.
Jawapan : Telahan ini tidak benar sama sekali. Jelas Ops Cantas tidak akan dihentikan walau selepas pemilihan UMNO selesai. Tugas ini tidak melibatkan UMNO tetapi Kementerian Dalam Negeri. Buktinya :
Baca kenyataan beliau pada 23 September 2013 di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_26/Op-Cantas-tidak-akan-dihentikan---Zahid
dan terbaru 7 Disember 2013 di sini http://www.sinarharian.com.my/politik/ops-cantas-diteruskan-hapuskan-kongsi-gelap-1.228366
9. Selain rakyat biasa mengecam dan menpersendanya dalam isu Syiah ini, kelompok dalam Umno juga mula meragui ketegasan dan kebijaksanaannya kerana membangkitkan isu tersebut, sehingga seorang blogger dan pengamal media sosial yang terkenal dalam Umno iaitu Sang Kelambai menggelarkannya sebagai seorang lagi "menteri cap ayam" dalam Umno.
Jawapan : adakah kerana seorang maka dianggap benar belaka oleh beliau ? atau Sang Kelembai (yang ditulis kelambai) seperguruan dengan beliau ??? Jika benar maka ternyata dari ribuan blogger yang menyokong Umno ternyata hanya SEORANG SAHAJA yang mengkritik Zahid Hamidi berbanding yang lain. Jika ada 300 blogger maka markah patut diberi ialah 299/300 kepada Zahid atas kenyataan disebut Shahbudin Husin di atas.
Patutlah Zahid Hamidi mendapat 188 undi dari 191 Bahagian seperti yang diungkapkan oleh beliau dalam artikel tersebut bukti berkesannya peranan yang dimainkan sehingga meraih sokongan yang jauh meninggalkan pesaing yang lain walau dipuji oleh beliau seperti Hishammuddin Hussin.
(kalah 9 - 0)
Akhir sekali jutaan tahniah kepada anda kerana disokong blogger-blogger Pakatan dan juga terpilih disiar di blog Anwaribrahim anwaribrahimblog.com/2012/07/05/asalkan-bukan-najib-interpretasi-kekecewaan-terhadap-pentadbiran-perdana-menteri/
Sekian,,.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan